[VIDEO] Masih belum fikir untuk bersara, legenda Kelantan mahu kekal di Pantai Timur


  • Podium
  • Ahad, 07 Jan 2024

Indra Putra (dua dari kanan belakang) masih belum fikir untuk bersara meskipun sudah memasuki usia 43 tahun musim baharu ini.

BEKAS penyerang kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin yang berpengalaman luas dalam Liga Malaysia (Liga M) mengakui sedia kekal menyarung jersi Kelantan United seandainya ditawarkan kontrak lanjutan pada musim 2024/2025.

Jelas tonggak berusia 43 tahun itu, buat masa ini belum terlintas untuknya mengumumkan persaraan daripada dunia bola sepak profesional memandangkan kudratnya masih mampu dikerah, lapor Stadium Astro.

Untuk rekod, Indra Putra muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam kempen Liga Super dengan jumlah 107 gol setakat ini.

Sudah pastinya, jumlah jaringan itu akan terus bertambah pada musim baharu ini.

BACA LAGI: Import 'bermasalah', Heberty antara 3 striker 'single & available'

"Setakat ini belum ada tertentu.

"Sebaik masalah tertentu (yang menjadi penghalang) diselesaikan, selepas itu Insya-ALLAH akan ada tawaran.

"Bukan mudah untuk buat keputusan dan ia bergantung kepada diri sendiri.

"Kalau saya sudah rasa tidak mampu teruskan karier baik teruskanlah dengan perbezaan," katanya di Nadi Weekend baru-baru ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram