PELAWAK dan pelakon terkenal, Shahrol Azizie Azmi atau lebih dikenali Shahrol Shiro secara sinis berkongsi pandangannya mengenai persamaan antara ahli politik dan pelawak.
Menerusi satu rakaman yang dikongsikan di laman X (Twitter) pada Selasa, beliau berkata, kedua-dua golongan itu menggunakan teknik yang sama dalam usaha mendekati rakyat.
"Hari ini saya kemas pejabat, saya terjumpa satu buku, (mengandungi) sketsa-sketsa yang ditulis sewaktu bertanding dalam (rancangan realiti) Maharaja Lawak Mega.
BACA LAGI: Tiada projek diberikan kepada suami Hannah Yeoh — Fahmi Fadzil
BACA LAGI: PM Anwar mahu siasatan telus isu pemberian kontrak syarikat suami Hannah Yeoh
Macam tu je Shahrul Shiro bagi @hannahyeoh pic.twitter.com/8X4A6v8WZP
— Solisidtor (@Solisidtor) June 4, 2024
"Apabila baca buku ini, saya dapati teknik yang digunakan pelawak untuk membuat satu kelucuan dan juga yang digunakan ahli politik adalah teknik sama," katanya.
Menurut Shahrol, teknik yang diguna pakai pelawak merangkumi premis, set up dan juga punchline.
Mengambil contoh satu situasi, beliau menjelaskan lebih lanjut berkenaan proses penggunaannya.
"Premisnya adalah di ruang tamu, ada seorang lelaki datang nak minang seorang perempuan di hadapan bapa perempuan tersebut.
"Set-up adalah apabila lelaki tersebut mengatakan dia adalah anak orang kaya, tujuh keturunan makan tidak habis hartanya.
"Punchlinenya adalah minta maaf pakcik, saya adalah keturunan kelapan," ujarnya lagi.
Hannah (kanan) mengalu-alukan pihak SPRM menyiasat kes melibatkan Asia Mobiliti Techonologies yang dikaitkan dengan suaminya.
Sementara itu, teknik yang digunakan ahli politik pula melibatkan promise, set up dan punchline.
Jelas Shahrol, promise adalah keadaan apabila seseorang ahli politik menggalas sesuatu jawatan, beliau tidak akan memberikan kontrak kepada kroni dan juga rakan terdekat.
"Set upnya apabila dah menjadi menteri, kantoi kontrak tersebut diberikan kepada ahli keluarga dan juga kroni.
"Punchlinenya, menteri tersebut diam. Jadi kesimpulannya, ahli politik juga mempunyai matlamat yang sama iaitu menghiburkan rakyat Malaysia," kongsinya sambil tersenyum.
Meskipun tidak mengaitkan mana-mana pihak dalam video tersebut, Shahrol dipercayai mengulas mengenai dakwaan melibatkan syarikat suami kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, iaitu Ramanchandran Muniandy dengan projek kerajaan negeri Selangor.
Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan syarikat Ramanchandran, Asia Mobiliti Technologies menerima kontrak bagi projek Transit Permintaan Responsif Selangor (DRT) secara rundingan terus dan bukannya tender terbuka.
Hannah bagaimanapun mengalu-alukan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes melibatkan syarikat yang dikaitkan dengan suaminya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram