PARA pelajar di Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (Sahut) sekali lagi berdepan detik cemas selepas bilik asrama dihuni mereka terbakar pada awal pagi Selasa.
Kejadian kebakaran itu kali kedua berlaku selepas bangunan sama, tetapi tingkat yang berlainan terbakar pada 12 Mei lalu.
Memetik laporan Buletin Utama, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Zulhisham Mohamad Yusof dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut daripada pihak asrama pada pukul 1.57 pagi.
BACA LAGI: Simpanan berpuluh tahun lesap, atlet badminton wanita negara jadi mangsa sindiket scam
BACA LAGI: Skuad badminton negara tersungkur suku akhir Terbuka Singapura
"Sebaik menerima panggilan, sembilan anggota bomba dengan dua jentera digegaskan ke lokasi kejadian.
"Kejadian melibatkan sebuah bilik asrama di tingkat empat yang terbakar 80 peratus," katanya.
Menurut Zulhisham, kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa manakala punca dan kerugian sedang disiasat.
"Operasi pemadaman menggunakan satu aliran hos sepanjang 91.44 meter dan dua pancuran air tangki jentera," ujarnya.
Pada 12 Mei lalu, seramai 10 pelajar sekolah sama yang sedang nyenyak tidur nyaris maut selepas bilik asrama dihuni mereka tiba-tiba terbakar.
Dalam kebakaran pada pukul 3.39 pagi itu, kesemua remaja berkenaan terselamat kerana sempat melarikan diri dari bilik asrama yang musnah kira-kira 70 peratus berkenaan.
Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian bagaimanapun tidak dapat dipastikan. –— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram