Balai dicampak pasu bukan kes pertama, pernah diancam ‘duit mayat’


  • 112
  • Selasa, 04 Jun 2024

Dua individu didakwa membaling periuk tanah ke arah pagar Balai Polis Serdang, Selangor pada awal pagi Ahad.

KEGIATAN jenayah kini semakin mensasarkan balai polis sebagai lokasi melepaskan kemarahan dengan beberapa tindakan suspek sebelum ini didakwa sebagai satu penghinaan terhadap penguat kuasa.

Terbaharu, dua individu yang dalam keadaan mabuk bertindak di luar jangka apabila membaling pasu tembikar di Balai Polis Serdang, Selangor pada awal pagi Ahad.

Tindakan itu disyaki bermotifkan dendam kerana suspek telah ditegur polis kerana tidak memakai topi keledar ketika sekatan jalan raya diadakan.

BACA LAGI: [VIDEO] Suspek khianat, bakar kereta di Klang masih siuman, ada 6 rekod jenayah dan positif dadah jenis morfin

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan dendam atau khianat, polis Pekan sahkan misteri kereta terbakar sebab nak tutup bukti kes curi durian

Berang dengan situasi itu, pembonceng motosikal terbabit kemudiannya bertindak membaling periuk ke arah pagar sebelum melarikan diri selepas ditegur anggota di lokasi.

Majoriti senaraikan tiga lagi kes serangan ke atas balai polis pernah berlaku sebelum ini.

kuala muda

1. Geng kongsi gelap lempar bom petrol

Enam individu ahli geng 24 terlibat membaling bom petrol ke arah pagar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Kedah telah ditahan pada 25 Julai 2017.

Kejadian dilaporkan berlaku apabila dua lelaki bermotosikal dipercayai ahli kongsi gelap itu membaling bom petrol ke arah pagar balai berkenaan sekitar pukul 3.30 pagi.

Tindakan itu dipercayai berpunca rasa tidak puas hati terhadap penahanan ahli utama kumpulan samseng terbabit dalam Ops Cantas dijalankan anggota di Kuala Muda.

mayat

2. Polis terima 'duit mayat'

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin menerima enam keping replika wang kertas ataupun 'duit mayat' berbentuk amaran ancaman terhadap pihak polis pada 5 Jun 2023.

Surat berkenaan dimasukkan di dalam sampul surat dan dialamatkan kepada Ketua Polis Pulau Pinang di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang.

Surat itu menggesa agar polis segera menghentikan tindakan agresif memerangi sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen di negeri itu selain mengancam untuk membakar kedai serta balai polis sekiranya amaran itu diendahkan.

Menganggap perkara itu sebagai situasi biasa dihadapi polis, Khaw menegaskan beliau dan seluruh pasukan PDRM tidak akan berkompromi atau bersekongkol dengan mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti-aktiviti haram menyalahi undang-undang.

2544565

3. Lelaki tular bakar kereta peronda polis

Polis menahan seorang lelaki kerana membakar kereta polis bantuan di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Petaling Jaya, Selangor pada 19 Februari lalu.

Suspek yang bekerja sebagai penghantar makanan itu memuat naik video kejadian di laman TikTok dan meraih tumpuan warganet.

Polis turut merampas tukul besi dan botol air yang disyaki digunakan bagi mengisi petrol untuk digunakan dalam kebakaran itu, selain mendapati lelaki itu positif dadah jenis morfin hasil ujian saringan air kencing.

Siasatan motif kejadian termasuk kemungkinan suspek ingin mencari jumlah trafik tinggi untuk akaun TikTok peribadinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram