DUA kanak-kanak antara lima individu yang nyaris maut apabila dua buah kereta dihempap pokok di Jalan Kapar Batu 6, Klang, Selangor.
Kejadian kira-kira pukul 3 petang yang turut melibatkan dua lelaki dan seorang wanita berusia 30 hingga 40-an itu tidak membabitkan kemalangan jiwa.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pukul 3.10 petang.
BACA LAGI: [VIDEO] Penduduk cemas dilanda hujan ais batu, pokok tumbang hempap kereta di Bukit Beruntung
BACA LAGI: Spesies tidak sesuai punca banyak pokok tumbang di bandar — Pakar
Bertindak atas panggilan kecemasan itu, sepasukan enam anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara telah bergegas ke lokasi kejadian.
"Siasatan anggota di lokasi mendapati sebatang pokok telah tumbang dan menghempap dua buah kenderaan jenis Toyota Altis dan Perodua Bezza.
“Semua mangsa termasuk dua kanak masing-masing lelaki dan perempuan bagaimanapun terselamat selepas keluar sendiri dari kenderaan itu sebelum ketibaan bomba.
Kesemua mangsa bernasib baik kerana terselamat tanpa sebarang kecederaan dalam insiden tersebut,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Difahamkan, usaha memotong dan mengalihkan pokok itu sedang giat dilakukan bomba. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram