[VIDEO] Utara wilayah haram Israel 'hangus' diserang roket, dron Hizbullah


  • Benua
  • Selasa, 04 Jun 2024

Tangkap layar kebakaran di wilayah Utara Israel akibat serangan dron dan roket kumpulan militan Hizbullah. — Agensi

KUMPULAN pejuang Lubnan, Hizbullah telah bertindak balas terhadap kekejaman Zionis apabila melancarkan serangan roket dan dron ke atas wilayah haram di utara Israel pada Ahad.

Sebanyak 30 kru anggota bomba dikerah bekerja semalaman untuk memadamkan kebakaran itu menurut perkhidmatan bomba dan penyelamat Israel.

Doron Shnaper, wakil penduduk bandar Kiryat Shmona berkata, kami telah mula memindahkan penduduk ke kawasan selamat walaupun perintah pemindahan belum diumumkan.

BACA LAGI: 'Negara tak selamat', profesor AS cabut lari sempat burukkan Malaysia lepas dikecam sentuh isu Palestin-Israel

BACA LAGI: Isu Palestin: Malaysia tidak mahu OIC hanya keluar kenyataan kutuk serangan, kekejaman Israel semata-mata

"Kami akan pergi dari pintu ke pintu, minta mereka yang berada di rumah supaya segera berpindah," katanya.

Rakaman serangan kumpulan Hizbullah tular di laman media dan meraih perhatian warganet.

Api dilaporkan marak sehingga ke kawasan Gunung Adir dan Amiad dan bomba difahamkan berusaha sedaya upaya menghalang ia daripada merebak ke kampung Kahal yang mempunyai kira-kira 500 orang penduduk haram Yahudi.

Kebakaran berlaku di tengah-tengah pertempuran rentas sempadan yang semakin sengit antara Israel dan Hizbullah, dengan kumpulan yang disokong Iran itu melancarkan beberapa serbuan di Galilee dan Bukit Golan sejak beberapa hari lalu.

Serangan itu turut menyebabkan kebakaran hutan belukar yang memakan lebih daripada 2,470 ekar tanah, menurut Pihak Berkuasa Alam Sekitar Israel.

Untuk rekod, pertempuran di sempadan itu telah menyebabkan kematian 10 orang awam Israel dan 14 askar Zionis sejak tentera pimpinan Hizbullah mula menyerang Israel pada Oktober sebagai tanda sokongan menamatkan perang Gaza. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram