SYARIKAT pengangkutan bas persiaran Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara) menggantung tugas seorang pemandunya susulan dakwaan memandu secara berbahaya pada Sabtu.
Pemandu itu dikatakan cuba memotong sebuah treler di garisan berkembar serta laluan berselekoh ketika kejadian.
Nyaris merempuh sebuah kereta dari arah bertentangan, rakaman insiden terbabit sempat dirakamkan menerusi kamera dashcam dan tular di laman media.
BACA LAGI: Media Singapura buat laporan khas bongkar pemandu, sistem bas ekspres Malaysia
BACA LAGI: [VIDEO] Driver bas hisap rokok sambil isi minyak boleh dijel 3 tahun — Polis Perak
Difahamkan, insiden itu berlaku di Gerik, Perak pada awal pagi Sabtu.
Seorang pemandu bas nyaris bertembung kereta apabila cuba memotong di garisan berkembar. pic.twitter.com/J32Wu1Gyg2
— CyberBorg (@borg_cyber) June 2, 2024
Pengerusinya, Che Ibrahim Che Ismail berkata, tindakan tegas itu bagi membolehkan siasatan dalaman dapat dijalankan sebaik mungkin.
Menurutnya, pemandu itu juga sudah dipanggil untuk memberi keterangan.
"Tindakan pemandu bas itu bukan sahaja membahayakan penumpang, malah ia turut memberi kesan buruk kepada syarikat.
"E-Mutiara mengambil serius perkara tersebut dan tidak akan berkompromi dengan pemandu yang melakukan kesalahan,” katanya menurut laporan Kosmo!.
Tambahnya lagi, pihaknya sebelum ini pernah mengambil tindakan terhadap pemandu yang membahayakan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya lain.
Menurutnya, sikap pemandu itu akan menyebabkan syarikat berdepan tindakan daripada pihak berkuasa.
"E-Mutiara sentiasa menitikberatkan soal keselamatan pengguna sepanjang menggunakan perkhidmatan bas di bawah kendalian syarikat berkenaan," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram