Tun M ajak Anwar pergi Switzerland, mahu tunjuk bukti curi berbillion duit kerajaan


  • Primer
  • Khamis, 30 Mei 2024

Tun Mahathir mencabar Anwar Ibrahim membuktikan dakwaan beliau mencuri berbillion ringgit duit kerajaan. — The Star

'SAYA hairan kerana tidak pernah tengok duit itu'. Demikian respons bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad susulan didakwa mencuri berbillion duit kerajaan.

Beliau dalam pada masa sama mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberitahu keberadaan wang kerajaan yang didakwa dimilikinya.

Dr Mahathir berkata, beliau sanggup membawa pulang 100 peratus duit yang dikatakan ada padanya dan diderma kepada orang miskin.

BACA LAGI: [VIDEO] SPRM lanjutkan tempoh pengisytiharan harta 2 anak Tun M

BACA LAGI: Tun M dakwa SPRM masih belum arahkan untuk isytihar harta

Katanya, namun Anwar perlu memberitahu di mana duit itu berada terlebih dahulu.

"Mungkin ada di bank Switzerland, saya sanggup bersama Anwar pergi ke bank di Switzerland dan minta bank tunjuk akaun saya seperti Datuk Seri Najib Tun Razak ada akaun dalam Ambank.

"Jika ada akaun, saya akan keluar semua duit dan bawa balik ke Malaysia. 100 peratus duit ini jika ada akan diberi kepada orang Melayu," ujarnya menerusi hantaran di X pada Khamis.

Tambah Dr Mahathir, jika tidak ada akaun di bank atau di mana-mana sanggupkah Anwar menjawab di mahkamah.

"Jika tidak sanggup berhenti dari membuat tuduhan yang tidak berasas. Saya sudah dakwa jika Anwar tuduh juga saya curi duit, saya akan dapat keputusan mahkamah supaya Anwar membayar RM150 juta kepada saya.

Terdahulu, Anwar mendakwa tidak mudah untuk untuk menyiasat individu berprofil tinggi khususnya yang bergelar Tun.

Malah, Dr Mahathir turut didakwa mencuri berbillion duit kerajaan semasa menjadi Perdana Menteri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram