[VIDEO] Vellfire remuk kena hempap pokok tumbang di KL, kenderaan Ketua Menteri Melaka dilapor nyaris terima nasib sama


  • Tular
  • Isnin, 13 Mei 2024

Tangkap layar menunjukkan kereta jenis Toyota Vellfire dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Pinang, Kuala Lumpur pada Isnin.

CUACA buruk dan hujan lebat yang melanda sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sejak beberapa hari kebelakangan ini mengakibatkan berlakunya kejadian pokok tumbang.

Terbaharu, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire mengalami kerosakan akibat dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Pinang, Kuala Lumpur pada Isnin.

Kejadian tersebut dirakam orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum dimuat naik di laman X (Twitter) pada Isnin.

BACA LAGI: Insiden pokok tumbang KL, ramai desak DBKL 'kosongkan' pokok tua tengah bandar raya

BACA LAGI: [VIDEO] Insiden pokok tumbang KL: Seorang maut, 17 kenderaan rosak

Difahamkan, kejadian pokok tumbang itu juga nyaris menghempap kenderaan milik Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Perkara itu dimaklumkan seorang pengguna media sosial menerusi satu hantaran di Instagram Pegawai Media Ketua Menteri Melaka, Shahnor Samsudin di akaun shahnorsamsudin pada hari yang sama.

"(Kejadian pokok tumbang) berlaku depan mata. Lokasi di Jalan Pinang berhampiran KLCC. Hampir kene kereta bos (Ab Rauf)," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram