SEORANG pemain bola sepak kelab Selatan tanah air didakwa telah banyak memperdaya wanita dengan meminjam wang dan skandal dengan beberapa individu.
Bermodalkan alasan tidak mampu menampung perbelanjaan sebagai pemain bola sepak, pemain berusia 22 tahun itu dikatakan telah banyak mempermainkan hati wanita bukan sahaja di negeri terbabit, malah di serata Kuala Lumpur.
Pendedahan itu dibuat seorang wanita yang merupakan kawan kepada salah seorang mangsa penipuan lelaki tersebut.
BACA LAGI: Ubi muda Harimau Selatan dah patut naik pangkat ganti Natxo bentuk set 'midfielder' JDT
BACA LAGI: Baru pramusim, sudah ada senarai bintang import 'flop', bakal menyinar
Katanya, individu berkenaan kerap menggunakan alasan tiada duit untuk ke stadium latihan selain turut didakwa meminta mangsa membelikan kasut baharu.
"Mana-mana perempuan yg terkenal dengan player ni hati hati la yaa.
"Nanti dia mesej buat cerita sedih takda duit nak isi minyak pergi training, takda kasut untuk game, takda itu takda ini dan duit duit korang dia gunakan untuk tampung kehidupan dia sebagai 'playboy' yang tak berduit," ciapnya di laman X pada Khamis.
Malah, wanita berkenaan turut berkongsi tangkap layar perbualan dengan rakannya yang didakwa mangsa penipuan pemain tersebut.
Tangkap layar dikongsikan di laman X.
Lebih parah apabila pemain yang beraksi di posisi sayap kanan itu dikatakan kerap bertukar-tukar pasangan di Kuala Lumpur.
Enggan identitinya didedahkan, namun mangsa dalam pada masa sama berani untuk membongkar segala bukti transaksi perpindahan wang dari akaunnya jika pihak pengurusan kelab itu campur tangan.
Belum ada kenyataan rasmi pihak pengurusan kelab berhubung dakwaan itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram