[VIDEO] Lelaki berang penguat kuasa beri alasan rim tayar Hilux terlalu besar punca tidak kena kompaun


  • Tular
  • Khamis, 30 Mei 2024

Tangkap layar memaparkan tindakan seorang penguat kuasa melaksanakan tindakan kapit pada roda kenderaan yang diparkir di kawasan tidak sepatutnya.

TIDAK berpuas hati kereta dikompaun menyebabkan seorang lelaki bertindak mempertikaikan tindakan penguat kuasa yang didakwa berat sebelah.

Kejadian itu dirakam individu tersebut sebelum dikongsikan di laman sosialnya baru-baru ini.

Menerusi klip video berdurasi seminit 28 saat itu, lelaki berkenaan difahamkan dikenakan tindakan kompaun selepas meletakkan kenderaannya di kawasan larangan parkir.

BACA LAGI: [VIDEO] Perodua Aruz makan jalan dipercayai punca guru maut kemalangan di Pasir Tumboh

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita mungkin 'hilang' separuh badan lepas terperosok lebih 30 minit dalam eskalator

Bagaimanapun, lokasi dan tarikh sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan buat masa ini.

Menerusi makumat dikongsikan, lelaki tersebut difahamkan agak berang selepas mendapati penguat kuasa itu tidak melaksanakan tindakan kapit (kunci) pada roda sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang diparkir di hadapannya.

[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]

WhatsApp Image 2024-05-30 at 15.57.59

Seorang lelaki bertindak mempertikaikan tindakan penguat kuasa yang didakwa berat sebelah.

Alasan yang diberi ialah saiz rim dan tayar Toyota Hilux itu terlalu besar menyebabkan pihak berkuasa sukar mengunci kenderaan tersebut.

Tindakan itu dilihat sebagai berat sebelah, sedangkan kedua-duanya meletakkan kenderaan mereka di lokasi yang sama.

"Kena ikut semua saiz tayarlah. Nanti saya hantar rakaman dan buat aduan (mengenai kejadian ini).

"Saya parkir tidak sampai dua minit (sedangkan) yang itu (Hilux) dah hampir setengah jam.

"Kena buat ikut semua saiz tayarlah, macam pilih kasih, kereta kecil jadi mangsa, rim besar macam ini tak boleh pula (clamp)," katanya.

Majoriti sedang mendapatkan respons daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan bagi mengulas mengenai kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram