[VIDEO] Perodua Aruz makan jalan dipercayai punca guru maut kemalangan di Pasir Tumboh


  • Tular
  • Jumaat, 12 Apr 2024

Seorang guru maut dalam kemalangan di Pasir Tumboh, Kelantan pada Rabu.

SEORANG wanita meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Parit Limbat, Pasir Tumboh, Kelantan pada Rabu.

Kejadian pada 1 Syawal itu berlaku sebelum mangsa sempat menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Insiden yang meragut nyawa seorang guru itu dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik sebuah rumah berhampiran lokasi kejadian.

Menerusi klip berdurasi 43 saat itu, kemalangan tersebut berpunca selepas kereta jenis Perodua Aruz yang terlibat dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh kenderaan di hadapannya.

BACA LAGI: Budaya sebar kod QR tagih duit raya ibarat hina diri sendiri

BACA LAGI: [VIDEO] Jemaah temui ajal ketika solat zuhur hari raya pertama di surau Tangkak

Berdasarkan maklumat awal, mangsa lain yang terlibat dalam kemalangan itu difahamkan dalam keadaan kritikal dan dibawa ke hospital berdekatan.

Kejadian itu dimaklumkan seorang pengguna akaun dengan nama Zul Fadli menerusi satu hantaran di Facebook Aruz Club Malaysia pada Khamis.

"Kemalangan di pagi raya Perodua Aruz makan jalan sebelah kanan berlaku di Pasir Tumboh, Kelantan.

"Kereta kena langgar, penumpang seorang meninggal dunia yang lain kritikal," katanya.

Setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan media dikeluarkan pihak berkuasa berhubung insiden terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram