SEORANG wanita dan kanak-kanak mengalami kecederaan selepas dihempap dahan pokok yang patah ketika melalui Jalan Bukit Putus, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Selasa.
Kejadian itu dirakam menerusi kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) kenderaan di hadapan motor tersebut sebelum dikongsikan di media sosial pada hari yang sama.
Berdasarkan klip berdurasi 59 saat itu, motosikal tersebut dinaiki empat sekeluarga sebelum dahan patah lalu menhempap pembonceng wanita itu hingga menyebabkan dirinya dan seorang kanak-kanak perempuan tercampak atas jalan.
BACA LAGI: [VIDEO] Perodua Aruz makan jalan dipercayai punca guru maut kemalangan di Pasir Tumboh
BACA LAGI: [VIDEO] Wanita mungkin 'hilang' separuh badan lepas terperosok lebih 30 minit dalam eskalator
Seorang wanita dan anak kecilnya mengalami kecederaan selepas dihempap sebatang dahan pokok yang patah ketika melalui Jalan Bukit Putus, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Selasa. pic.twitter.com/UjchA6PBHX
— iftitah_rozlan (@iftitahrozlan) May 29, 2024
Sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu bersebelahan motosikal tersebut turut terkena serpihan dahan yang patah itu.
Pemandu berkenaan sempat memberhentikan kenderaannya selepas melihat mangsa terjatuh.
Menerusi maklumat awal dikongsikan, mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah akibat kecederaan di muka.
Keluarga terbabit dipercayai dalam perjalanan membuat penghantaran makanan.
Difahamkan juga mereka sering berulang-alik dari Kuala Pilah ke Seremban hanya dengan menaiki motor semata-mata. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram