SALAH seorang pengiring Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim disiasat berhubung dakwaan menyerang seorang lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Selasa.
Memetik laporan FMT, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 323 (kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan).
“Belum ada tangkapan lagi, jadi kami tidak tahu mengapa lelaki itu diserang.
BACA LAGI: TMJ ‘bersuara’ kes pecah rumah Khuzaimi Piee, ‘comment ni kena delete ke?’
BACA LAGI: Lagi kes babit bintang bola sepak, penjenayah mungkin ‘sudah baca’ rutin harian — Pakar jenayah
"Malah lelaki OKU yang membuat laporan itu tidak pasti mengapa dia diserang," katanya ketika sidang media pada Rabu.
TMJ
Sementara itu, berdasarkan laporan polis yang dilihat Majoriti, mangsa yang juga OKU bisu dan pekak, 46, merupakan seorang pemandu e-hailing.
Dalam kejadian kira-kira 11.40 pagi itu, semasa mangsa sedang menunggu penumpangnya di sebuah hotel, rombongan Tunku Mahkota Johor (TMJ) dilihat bergerak keluar dari lobi hotel.
Difahamkan, salah seorang daripada pengiring Baginda telah mengetuk cermin kereta hadapan untuk meminta pengadu bergerak sebelum bertindak menumbuk kepala mangsa supaya mengalihkan kenderaannya.
Mangsa kemudian dibawa mendapatkan rawatan awal di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan mengalami kecederaan.
"Pegawai penyiasat bersama detektif bertugas ke lokasi kejadian untuk semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hotel.
"Telefon bimbit dan kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) kereta mangsa diambil bagi membantu siasatan," menurut laporan itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram