SEORANG wanita terpaksa menjalani pembedahan amputasi selepas tersangkut di eskalator lebih 30 minit di Shanghai, China pada 4 April lalu.
Kejadian berlaku apabila mangsa secara tidak sengaja terpijak salah satu anak tangga eskalator yang tiada penutup sebelum separuh badannya tersangkut.
Ketika itu, eskalator tersebut dilihat berfungsi dengan baik kerana ia masih bergerak ke atas.
BACA LAGI : Rumah Rafizi Ramli 'dipecah masuk', 10 suspek disyaki tak puas hati sebab tak dibawa pulang kampung beraya
BACA LAGI : Pekerja yang terpaksa tanggung sengsara akibat boikot - Nga Kor Ming
Detik ngeri yang sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu memaksa pihak pasar raya untuk segera menghubungi pasukan keselamatan.
Kira-kira 10 minit kemudian, beberapa anggota bomba tiba di lokasi kejadian dan cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Wanita tersebut berjaya dikeluarkan selepas lebih 30 minit menahan kesakitan di eskalator itu.
Namun, mangsa yang cedera parah itu dilaporkan berkemungkinan perlu menjalani pembedahan amputasi.
Amputasi merupakan pembedahan untuk memotong sebahagian anggota badan dengan kaedah perubatan disebabkan kemalangan.
Mangsa kini sedang menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berhampiran.
Pada masa sama, kejadian itu menyebabkan mangsa patah tulang berganda pada kedua-dua anggota badan bawahnya.
Menurut seorang jururawat, tulangnya jelas kelihatan serta kulit dan ototnya di anggota yang tersepit juga terkoyak.
Sementara itu, pihak pengurusan pasar raya terbabit bersetuju menanggung kos rawatan dan perubatan mangsa yang berjumlah lebih RM65,000 (100,000 yuan).
Siasatan juga sedang dilakukan polis Shanghai selepas kejadian tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram