Tun M dakwa SPRM masih belum arahkan untuk isytihar harta


  • Primer
  • Khamis, 23 Mei 2024

Tun M mendedahkan masih belum diarahkan SPRM untuk mengisytiharkan harta meskipun sedang disiasat. — The Star

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum mengarahkannya untuk mengisytiharkan aset walaupun siasatan sedang dijalankan.

Mahathir bagaimanapun berkata, beliau bersedia berbuat demikian jika diarahkan oleh SPRM.

"Setakat ini, mereka hanya meminta anak saya mengisytiharkan harta mereka. Siasatan tidak menuntut saya mengisytiharkan aset saya.

BACA LAGI: Sekolah berasrama penuh berstatus elit di Ipoh didakwa ada 'kuasa' pilih pengetua, ibu bapa minta KPM kawal pertukaran elak jejas prestasi murid

BACA LAGI: Pelajar universiti asal Kelantan maut jatuh dari balkoni hotel ketika bercuti bersama teman lelakinya di Tanjung Bungah

2503972 (1)

Mirzan Mahathir yang turut terlibat untuk membantu siasatan terhadap bapanya.

"Tiada apa yang perlu disembunyikan. Saya pastikan keluarga saya pun tidak boleh terlibat dalam perniagaan kerajaan kerana saya mungkin dituduh nepotisme," katanya menerusi satu wawancara 'Squawk Box Asia' CNBC pada Khamis.

Pada Mac lalu, dua anak lelaki Mahathir mendedahkan, SPRM mengarahkan mereka untuk membantu satu siasatan terhadap bapa mereka.

SPRM juga sebelum ini mengarahkan Mokhzani dan abangnya Mirzan untuk mengisytiharkan aset sejak 1981 iaitu merupakan tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Mokhzani berkata Mahathir adalah ‘sasaran utama siasatan’ dan abangnya itu juga disiasat oleh SPRM.

SPRM kemudian memberikan mereka tempoh 30 hari kerana menyifatkan aset mereka yang terlalu banyak. — The Star/BENJAMIN LEE

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram