PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM100 kepada murid sekolah rendah bermula tahun 4, pelajar sekolah menengah dan institusi pendidikan tinggi (IPT).
Katanya, baucar tersebut boleh mula digunakan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 bermula pukul 2 petang, Jumaat.
"Pada tahun ini, kita akan mulakan dengan murid tahun empat kerana kekangan kewangan yang dihadapi kerajaan.
BACA LAGI: [VIDEO] PM umum bantuan khas RM300 buat penjawat awam, RM200 bagi pesara
BACA LAGI: [VIDEO] Pelancong Indonesia dikecam, kutuk Bahasa Melayu ‘aneh-aneh but fun’
"Baucar itu juga layak untuk pelajar sekolah menengah, kolej dan universiti serta institut perguruan," katanya ketika melancarkan PBAKL 2024 di Kuala Lumpur pada Khamis.
Tambahnya, kaedah untuk membuat penuntutan baucar itu akan didedahkan pada Jumaat.
"Mulai esok, kita akan ada format untuk menggunakannya. Saya harap ia dapat disiapkan tepat pada masanya di hujung minggu ini," katanya.
Beliau berkata, baucar itu juga terpakai untuk jualan terpilih seperti buku sastera klasik dan karya sasterawan negara, Datuk Seri A. Samad Said, Allahyarham Datuk Dr Shahnon Ahmad dan Datuk Dr Anwar Ridhuan.
"Saya telah mencadangkan bahawa apabila kita memberi kelonggaran untuk menggunakan baucar semasa membeli buku, kita juga menyediakan senarai novel klasik seperti Hang Tuah atau buku yang ditulis oleh sasterawan negara kita.
"Kami juga mencadangkan baucar itu boleh digunakan untuk membeli buku bertemakan teknologi kerana anak-anak ini perlu memahami asas pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI).
"Kami akan menyediakan senarai buku untuk dibeli dan separuh daripada wang itu boleh dibelanjakan untuk buku yang mereka mahukan," ujarnya.
Jelasnya, kaedah tersebut digunakan ekoran mendapati baucar tersebut sebelum ini digunakan untuk membeli buku-buku picisan yang tidak bernilai. — The Star/ TEH ATHIRA YUSOF
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram