[VIDEO] Ditembak 16 kali, calon Datuk Bandar Mexico maut diserang hendap dari belakang


  • Benua
  • Khamis, 30 Mei 2024

Jose Alfredo Cabrera Barrientos maut ditembak sebanyak 16 kali dalam serangan bersenjata di Guerrero, Mexico. — Agensi

GEMPAR apabila seorang calon bagi jawatan Ketua Majlis Perbandaran Coyuca de Benitez di negeri Guerrero, Mexico ditembak mati semasa perhimpunan penutupan kempen pilihan raya pada Rabu.

Jose Alfredo Cabrera Barrientos yang bertanding mewakili gabungan pembangkang PRI-PAN-PRD dibunuh di komuniti Las Lomas, Mexico.

Kejadian berlaku apabila mangsa didatangi suspek bersenjatakan pistol dari arah belakang semasa dia difahamkan sedang bercakap dengan penduduk kawasan itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Belum sempat tunjuk gengster, 2 pembuli ditembak di lebuh raya

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki maut lepas berbalas tembakan dengan polis di Puchong Prima ada 14 rekod jenayah

Penyerang itu kemudiannya melepaskan sekurang-kurangnya 16 das tembakan ke arah mangsa.

Terdahulu pada hari sama, seorang calon mewakili parti pemerintah Mexico bagi jawatan ketua majlis perbandaran Encarnacion de Diaz, Mexico, Gilberto Palomar Gonzalez dan dua yang lain cedera dalam satu serangan bersenjata di negeri Jalisco, Mexico.

Calon tersebut bersama abang dan setiausahanya, telah dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan parah akibat tembakan itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram