Trend 'kami bukan malas', salahkan guru merisaukan


  • Massa
  • Khamis, 30 Mei 2024

Trend menyalahkan guru atas kegagalan di sekolah kian menjadi ikutan pelajar di laman sosial.

KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini meninggalkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

Tumpuan negara pastinya terarah kepada calon dengan keputusan cemerlang yang lazimnya diletakkan harapan tinggi menggunung untuk terus berjaya di masa akan datang.

Namun, lain pula kisahnya bagi kumpulan pelajar kurang bernasib baik di peringkat sekolah yang mula memberontak dan menyalahkan guru sebagai punca kegagalan mereka.

BACA LAGI: Tiada istilah SBP elit, tempoh pelantikan pengganti pengetua bergantung pelbagai faktor — KPM

BACA LAGI: 'Mana dapat data?', ayah pelajar SPM terkejut anak terima tawaran belajar, biasiswa sehari lepas keputusan diumum

Perkara itu dilihat mula menjadi ikutan dan trend di laman sosial apabila individu berkenaan meletakkan kesalahan sepenuhnya terhadap warga pendidik di sekolah.

Malah, ada juga berpendapat sifat malas merupakan faktor kegagalan generasi masa kini.

Saifullah Kamanoordin menerusi hantaran di laman Facebook pada Khamis menjelaskan sikap pelajar gagal di Malaysia.

"Sekarang ni trend budak-budak sekolah bagi alasan untuk jadi pemalas dengan menyalahkan guru, bila depa tengok orang cemerlang diraikan oleh sekolah, depa ajak pula mak ayah protes majlis meraikan kejayaan orang cemerlang.

"Begitulah sikap orang yang gagal, mereka akan menyalahkan sekeliling atas kegagalan mereka, bukannya salah sendiri.

"Inilah generasi yang sedang dibentuk dan bakal menerajui negara," katanya.

photo_2024-05-30_21-01-51

Antara perkongsian yang menjadi trend dalam kalangan pelajar kebelakangan ini.

Terkesan dengan situasi tersebut, warganet turut mengecam pelajar-pelajar yang terpalit dalam hal berkenaan.

"Serius aku rasa sedih sangat dengan sikap budak sekolah terhadap guru, rasa hormat itu makin pudar, mungkin juga salah asuhan dari rumah, sedih," kata Zaidi Lieza.

"Dah la gagal SPM, lepastu nak gagal lagi jadi manusia yang baik, apa erti kehidupan depa ni, tak memberi manfaat kepada orang lain, jauhkan la sikap macam ni daripada keturunan aku," ujar Qaseh Shahaz.

"Golongan macam ini sekadar percubaan untuk mencari pendapatan, harap tak berjaya," tambah Eda Nazri.

Untuk rekod, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 baru-baru ini mencatatkan pencapaian lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60, berbanding 4.74 pada 2022.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, seramai 11,713 calon memperoleh keputusan cemerlang, iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2023, dibandingkan dengan 10,109 calon pada 2022, sekali gus mencatatkan peningkatan.

Katanya, bilangan calon mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2023, turut menunjukkan peningkatan, iaitu seramai 83,112 calon, berbanding 75,322 calon pada 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram