Baru pramusim, sudah ada senarai bintang import 'flop', bakal menyinar


  • Podium
  • Sabtu, 27 Apr 2024

Meskipun sebelum ini tampil dengan prestasi kurang menyakinkan namun kehadiran Gordic dijangka mampu membantu memperkuatkan jentera serangan KDA FC. — Facebook/KDAFC

SAINGAN Liga Malaysia (Liga M) yang akan secara rasminya bermula pada 10 Mei 2024 menyaksikan beberapa kelab sudahpun mengadakan perlawanan persahabatan pramusim.

Latihan pramusim merupakan elemen penting yang perlu dilakukan oleh pasukan masing-masing sebagai insiatif mengembalikan kecergasan pemain.

Malah, ia adalah langkah yang sesuai untuk memberi peluang kepada para pemain menunjukkan kelebihan diri masing-masing.

Ia berikutan selepas sebelum ini segelintir penyokong mengkritik kehadiran beberapa pemain import mahupun tempatan ke Liga M.

Dalam pada itu, Majoriti menyenaraikan beberapa pemain yang dijangka akan menyinar dan 'flop' selepas melihat kepada aksi pramusim setakat ini.

BACA LAGI: VAR sekadar rujukan, pengadil boleh 'stand' keputusan — Subkhiddin

Dijangka menyinar tapi mungkin 'flop'

WhatsApp Image 2024-04-26 at 19.13.27

Safawi belum membuktikan kepada penyokong sebagai penyudah yang tajam selepas belum mencetak sebarang gol aksi pramusim. Facebook/TFC

1. Safawi Rasid

Kehadiran Safawi Rasid ke skuad Terengganu FC (TFC) disambut baik dan pastinya memberi maklum balas yang positif kepada penyokong Sang Penyu.

Penyokong pastinya meletakkan harapan yang tinggi kepada tonggak Sang Penyu yang akhirnya kembali ke kampung halaman.

Meskipun begitu, setakat beberapa perlawanan pramusim yang sudah berlangsung, pemain pinjaman dari JDT itu masih belum menyumbang sebarang gol kepada TFC.

Ia dapat dilihat apabila Safawi mempunyai kesukaran sebagai penyudah yang tajam di depan pintu gawang dalam aksi pramusim Agarbomb Performance Cup 2024.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya Safawi anatara pemain menyinar namun 'flop' berikutan rekod sebelum ini yang mana dia tidak diturunkan ketika bersama Johor Darul Takzim (JDT).

WhatsApp Image 2024-04-26 at 19.20.02

Richmond Ankrah (kiri) antara pemain yang diberikan perhatian namun dikritik penyokong selepas Penang bolos dalam perlawanan pramusim. — Penang FC

2. Richmond Ankrah

Tanpa diduga, nama Richmond Ankrah terpilih untuk dipinjamkan oleh Selangor kepada Penang FC pada musim ini. Perpindahan ini nyata tidak disangka akan berlaku kerana tumpuan lebih terarah kepada Sikh Izhan yang hadir daripada kelab sama.

Perpindahan Ankrah harus diberikan perhatian bukan saja buat penyokong Penang tetapi Selangor juga. Hal ini kerana, 2024 merupakan musim kedua Ankrah di Malaysia jadi perkembangannya sebagai pemain haruslah diberi perhatian.

Keputusan untuk meminjamkan Ankrah kepada Penang dilihat sebagai situasi menang-menang buat kedua-dua kelab. Penang berjaya mendapatkan pertahanan muda berkualiti sementara Selangor boleh melihat perkembangannya bersama Harimau Kumbang.

Bagaimanapun, kehadiran Ankrah dijangka tidak berbaloi selepas beberapa perlawanan pramusim Agarbomb Performance Cup 2024, benteng pertahanan Harimau Kumbang dibolosi sebanyak tiga kali sepanjang empat perlawanan.

Dijangka 'flop' tapi mungkin menyinar

WhatsApp Image 2024-04-26 at 19.13.27 (1)

Gordic ketika meraikan jaringan golnya bertemu skuad Jang Hobin Jang. — Facebook/KDAFC

1. Milos Gordic

Penyerang baharu Kedah Darul Aman (KDA) FC, Milos Gordic menjadi pemain yang pernah dikritik oleh penyokong Sang Kenari.

Ia berikutan selepas rekod lampau penyerang berusia 31 tahun itu kurang menyakinkan.

Meskipun prestasi Gordic sebelum ini dikritik namun penyerang import itu berjaya membuat penyokong Hijau Kuning kembali senyum apabila dia berjaya mencetak dua jaringan berdepan Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam aksi pramusim.

Gordic kini dilihat mampu memberi impak positif kepada Sang Kenari kerana mempunyai keserasian antara pemain.

Dalam aksi berdepan skuad Jang, Gordic dilihat mampu membaca gerakan pemain sayap, Rizal Ghazali yang membolehkan dia meledak gol kedua.

Dalam pada itu, memiliki ketinggian 1.87 meter memberi peluang kepada Gordic untuk menjadi penyerang berbisa Liga M.

WhatsApp Image 2024-04-26 at 19.13.28

Kehadiran Fortes dilihat mampu menyelesaikan masalah di bahagian sayap yang dialami Selangor FC. — Facebook/Selangorfc

BACA LAGI: Bekas pengadil FIFA anggap tak semua perlawanan Liga M perlu VAR

2. Alvin Fortes

Kehadiran pemain dari Cape Verde, Alvin Fortes dilihat mampu menyelesaikan masalah di bahagian sayap yang dialami Selangor FC pada musim lalu.

Meskipun memiliki Faisal Halim di bahagian sayap namun Gergasi Merah dilihat tidak begitu mengancam di posisi berkenaan.

Dalam pada itu, usai membawa masuk Fortes ke skuad Merah Kuning itu, bahagian serangan Selangor nampaknya membuahkan hasil apabila garang aksi pramusim.

Selangor meraih dua kemenangan pramusim berdepan Perak FC dan skuad Jang dengan Fortes mencetak dua gol dalam aksi pramusim tersebut.

Sebelum ini, Fortes antara pemain import yang kurang menyakinkan kerana pengalamannya beraksi di Thailand bersama-sama Ratchaburi FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram