SELEPAS kes membabitkan tiga pemain bola sepak negara masih lagi belum selesai, kini pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee pula menjadi mangsa apabila kediamannya dipecah masuk ketika keluar menjalani latihan di Pusat Latihan Selangor di Shah Alam pada Rabu.
Dalam insiden itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa berhubung kejadian itu pada 11.30 malam Rabu.
BACA LAGI: Rumah Khuzaimi Piee dipecah masuk, pasport dan Ysuku antara dirembat penjenayah
BACA LAGI: Lagi kes babit bintang bola sepak, penjenayah mungkin ‘sudah baca’ rutin harian — Pakar jenayah
"Siasatan mendapati suspek dipercayai menggunakan kenderaan MPV warna putih dan melarikan motosikal Yamaha Y15R seperti mana ditularkan.
"Hasil siasatan setakat ini dua suspek lelaki yang terbabit. Ketika balik seorang suspek menunggang motosikal dan seorang lagi membawa MPV.
"Ketika kejadian mangsa dan ahli keluarga tiada di rumah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Melihat insiden yang dialami oleh Khuzaimi Piee, Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) telah membuka mulut untuk menepis segala dakwaan mengenai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya berkaitan kes pemain bola sebelum ini.
"Confirm ini semua kerja TMJ dengan JDT (Johor Darul Ta'zim). Mastermind dan tangan ghaib.
"Next apa pula Dr.Johan? Cara terbaik nak tutup kegagalan selepas belanja 47 juta duit kerajaan dan rakyat setiap tahun mesti pandai buat cerita.
"Play victim, kononnya kami tak menang kerana kami dianiayakan.
"Semua salah TMJ, FAM, MFL dan PDRM, diri sendiri tak pernah salah. 'False flag'," tulisnya dalam satu ruangan komen di Instagram.
Tangkap layar komen TMJ dalam Instagram.
TMJ turut menafikan komen itu dipadam olehnya memandangkan orang ramai sudah tidak dapat mencari pandangan beliau itu berhubung kes yang melibatkan Khuzaimi Piee.
"Comment ni kena delete ke?" tulis TMJ di InstaStory baginda pada Khamis.
Untuk rekod, bulan ini sudah berlakunya beberapa kes yang melibatkan atlet kebangsaan dengan kejadian pertama melibatkan pemain bola sepak ketika penyerang sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar disamun dan dipukul dekat kediamannya di Kuala Terengganu, Terengganu pada 2 Mei oleh individu misteri dengan menggunakan cota.
Faisal pula menjadi mangsa kedua apabila menjadi mangsa simbahan asid yang dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di Lembah Klang 5 Mei lalu sehingga dilaporkan mengalami kecederaan di badan, tangan dan muka akibat simbahan itu.
Peristiwa ketiga pula menyaksikan kereta milik Safiq dilaporkan dipecahkan dengan tukul besi oleh dua individu tidak dikenali selepas menjalani latihan di Pusat Latihan JDT Sri Gelam, Johor Bahru, Johor pada 8 Mei.
Kejadian melibatkan atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah Elias juga mendukakan peminat sukan negara apabila dia dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu mabuk pada 11 Mei. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram