SEORANG wanita warga Indonesia menyifatkan layanan dan fasiliti Hospital Pulau Pinang sebagai tidak memuaskan dan teruk.
Berkongsi pengalaman bersalin secara pembedahan (caesarean) di hospital berkenaan baru-baru ini, wanita itu memberikan penilaian rendah terhadap segala kelengkapan di situ termasuklah layanan pesakit dan bilik wad bersalin.
"Pengalaman bersalin czer di Hospital Pulau Pinang, untuk pertama kalinya berjalan setelah enam jam saya terpaksa berusaha sendiri berjalan ke tandas yang jauh, ditemani? Oh tentu tidak.
BACA LAGI: [VIDEO] Pelancong Indonesia dikecam, kutuk Bahasa Melayu ‘aneh-aneh but fun’
BACA LAGI: Sijil cuti sakit Hospital Tangkak hilang, tak sah diguna pakai
"Empat hari di hospital rasa bagai nak gila, dengan tak mandi, bayi empat hari pun tak mandi malah tak boleh tidur sebab bising," katanya menerusi hantaran di TikTok pada Rabu.
Penilaian rendah yang diberikan terhadap fasiliti di wad bersalin Hospital Pulau Pinang.
Tambahnya, dia turut menasihati agar ibu mengandung di luar sana membuat simpanan dan memilih hospital yang memberikan rawatan lebih baik.
"Sesiapa yang nak bersalin tu, boleh siap kumpul duit awal-awal dan pergi ke tempat di mana mental akan terjaga, jiwa tenang dan dilayan baik, ini pengalaman pertama aku dan terakhir," ujarnya.
Mengundang kecaman di ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan wanita terbabit bersikap biadab kerana menghina sektor perubatan awam negara.
Dalam pada itu, seorang individu dipercayai kakitangan di hospital berkenaan, tampil menyangkal dakwaan wanita Indonesia tersebut.
"Dia kata bayi tak mandi empat hari. Salah, saya kerja di situ dan saya tahu jururawat akan tolak bakul bayi setiap pagi untuk dimandikan.
"Kau tak mandi itu masalah kau la, orang lain bersalin elok je mandi selepas 12 jam ataupun sehari," ciap Nadia.
Dalam pada itu, pihak Hospital Pulau Pinang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram