Lelaki malang rebah tiba-tiba ketika main golf di Kuala Kubu Bharu


  • Tular
  • Selasa, 28 Mei 2024

Seorang lelaki dilaporkan rebah ketika sedang bermain golf dekat Kelab Golf & Country Kuala Kubu Bharu pada Selasa.

SEORANG lelaki dilaporkan rebah ketika sedang bermain golf di sebuah kelab golf dipercayai di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Menerusi hantaran yang tular di media sosial, individu yang tidak dapat dikenal pasti identitinya itu hanya dilaporkan sebagai lelaki berbangsa Melayu.

Menurut saksi di tempat kejadian, mangsa dikatakan rebah ketika bermain golf dipercayai dekat Kelab Golf & Country Kuala Kubu Bharu pada Selasa.

BACA LAGI: [VIDEO] Ajal ‘12th hole’, pemain golf 69 tahun maut di Bukit Beruntung

BACA LAGI: [VIDEO] Penyelia Bangladesh didakwa sorok telefon atas baldi, 'skodeng' staf pasar raya di Klang

Saksi mendakwa, mangsa tersebut berada di green 15 sewaktu kejadian tersebut berlaku.

"Tiba-tiba dia jatuh dekat green 15. Betul-betul dia jatuh dekat tengah-tengah green 15," dakwa saksi tersebut menerusi satu nota suara tular di group WhatsApp.

WhatsApp Image 2024-05-28 at 15.46.35

Gambar tular kes lelaki rebah secara tiba-tiba ketika bermain golf di Kuala Kubu Bharu.

Buat masa ini, tiada info lanjut mengenai kejadian menyedihkan tersebut.

Pada masa sama, tiada laporan daripada pihak berkuasa berhubung perkara terbabit.

Pada Januari lalu, terdapat seorang lelaki berusia 69 tahun menemui ajal ketika sedang bermain golf yang turut dilaporkan berlaku dekat Bukit Beruntung.

Mangsa ketika itu dilaporkan terjatuh dan kemudiannya tidak sedarkan diri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram