KOREA Utara menghantar sejumlah 150 belon berisi sampah, kertas tandas dan najis ke negara jirannya, Korea Selatan pada Selasa.
Penduduk Korea Selatan diberikan amaran supaya tidak menyentuh belon itu yang didakwa sebagai propaganda cuba dicetuskan negara terbabit.
Belon tersebut ditemukan di lapan wilayah Korea Selatan dan hal itu kini dalam siasatan pihak berkuasa.
BACA LAGI: Seoul kesan individu tidak dikenali rentas sempadan timur menuju Korea Utara
BACA LAGI: Korea Utara membisu insiden tembakan artileri
Agensi berita Korea Selatan melaporkan bahawa, belon tersebut membawa barang seperti sampah dan najis yang berbau busuk.
Tentera Korea Selatan mengecam perbuatan itu sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.
"Ia secara serius mengancam keselamatan rakyat kami. Korea Utara bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku akibat belon itu dan kami memberi amaran tegas supaya segera menghentikan tindakan tidak berperikemanusiaan dan kejam ini," kata tentera Korea Selatan.
Untuk rekod, kedua-dua negara berkenaan telah menggunakan belon dalam kempen propaganda mereka sejak Perang Korea pada 1950-an.
Namun, insiden terbaharu itu berlaku beberapa hari selepas Korea Utara difahamkan akan bertindak balas terhadap sisa risalah dan sampah yang kerap dibuang di kawasan sempadan oleh aktivis dari Selatan.
"Timbunan kertas dan sisa buangan tidak lama lagi akan bertaburan di kawasan sempadan dan kawasan pedalaman Korea Selatan,” kata Naib Menteri Pertahanan Korea Utara, Kim Kang Il dalam satu kenyataan pada Ahad. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram