SEORANG penyelia pasar raya terkemuka di Meru, Klang, Selangor didakwa cuba mengintai pekerja wanita dengan menyembunyikan telefon pintar dalam tandas premis berkenaan.
Kejadian yang difahamkan berlaku pada 2 April lalu itu disedari mangsa sebaik ingin menggunakan tandas terbabit.
Menurut laporan polis dibuat, mangsa menemui sejenis telefon pintar di atas baldi yang sengaja diletakkan menghala ke arah mangkuk tandas.
BACA LAGI: [VIDEO] Kantoi intai wanita mandi, lelaki miliki lebih 10 rekod video berkemban kena cekup di Meru
BACA LAGI: [VIDEO] Polis buru lelaki intai wanita dari ruang atas tandas stesen minyak di Tapah
Mendakwa ia milik penyelia warga Bangladesh itu, mangsa kemudiannya terur berlari keluar premis dan menghubungi pengurus pasar raya berkenaan untuk mendapatkan bantuan.
Namun, pelaku dikatakan enggan mengaku salah dan satu laporan polis telah dibuat susulan kejadian tersebut.
Mangsa ketika dihubungi Majoriti berkata, pelaku kini tidak lagi bekerja di pasar raya berkenaan dan kes masih dalam siasatan polis.
"Selepas daripada kejadian itu, dia tidak bekerja lagi di situ, tak pasti sama ada diberhentikan atau sebaliknya, tetapi dia sudah tiada.
"Saya masih bekerja tetap dan setakat ini semuanya dalam keadaan selamat," katanya.
Belum ada sebarang tangkapan polis dibuat berhubung kes itu sehingga kini dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi berkaitan hal terbabit. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram