[VIDEO] Kantoi intai wanita mandi, lelaki miliki lebih 10 rekod video berkemban kena cekup di Meru


  • Tular
  • Sabtu, 11 Mei 2024

Seorang lelaki dicekup orang ramai selepas didakwa cuba mengintai wanita mandi di sebuah kediaman dekat Jalan Jambu, Meru, Klang, Selangor pada Sabtu.

SEORANG lelaki dicekup penduduk kampung selepas didakwa cuba mengintai wanita mandi di sebuah kediaman dekat Jalan Jambu, Meru, Klang, Selangor pada Sabtu.

Perbuatan itu yang pada mulanya tidak disedari mangsa, berjaya dihidu jiran tetangga yang secara kebetulan ternampak lelaki terbabit sedang melakukan aktiviti tidak bermoral tersebut.

Berdasarkan hantaran dimuat naik di laman media, pelaku mempunyai lebih 10 rakaman video mandi wanita di pelbagai lokasi sekitar Klang.

BACA LAGI: [VIDEO] Polis buru lelaki intai wanita dari ruang atas tandas stesen minyak di Tapah

BACA LAGI: [VIDEO] Rebut jalan punya pasal, lelaki 'baran' tahan kereta, ajak bertumbuk di Pagoh

Selain daripada mengintai, individu terbabit didakwa cuba membuat rakaman melalui telefon pintarnya ketika kejadian.

Difahamkan, pelaku berasal dari Kedah dan merupakan penyewa di salah sebuah rumah dekat kawasan berhampiran atas faktor pekerjaan.

"Ingatkan di homestay dengan hotel sahaja yang tak selamat, nak mandi dekat rumah pun tak selamat.

"Dapat tangkap pelaku sedang dalam usaha mengintai dan merakam wanita mandi, rampas telefon dia ada banyak koleksi video wanita dalam bilik air.

"Hati-hati kalau terjumpa lelaki ini, semua video diambil dari lokasi berlainan," dakwa hantaran tersebut pada Sabtu.

Pelaku difahamkan telah dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya namun masih belum ada sebarang kenyataan rasmi berhubung kes itu setakat ini.

Orang ramai dinasihati sentiasa berwaspada dengan kegiatan mengintai khususnya golongan wanita di sekitar Meru. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram