[VIDEO] Taktik scam 'gift' TikTok, raih simpati isu Palestin di Rafah terbongkar


  • Tular
  • Isnin, 27 Mei 2024

Tangkap layar sebuah akaun TikTok yang didakwa memperdaya orang ramai dengan memainkan isu Palestin sebagai taktik penipuan.

KONFLIK peperangan Palestin meraih perkongsian hangat di laman media susulan bedilan roket dan bom yang kini tertumpu di bandar Rafah, Selatan Semenanjung Gaza.

Namun dalam pada situasi getir itu, ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab sengaja memperdaya orang ramai demi meraih wang di laman sosial.

Memainkan sentimen kemanusiaan di Gaza, sebuah akaun TikTok didakwa menggunakan video palsu bagi meraih wang berupa 'gift' di laman tersebut.

BACA LAGI: ‘Jadi scammer tapi tetap solat’, ideologi kapitalisme semakin membinasakan umat Islam?

BACA LAGI: Mangsa ugut ibu bapa sendiri, antara kes scammer 'pelik bin ajaib' pernah berlaku di Malaysia

Cuba meraih simpati dengan memainkan video seolah-olah berada di Palestin, pendedahan seorang warganet @pudynzayn di Twitter membongkar penipuan tersebut.

Bersembunyi di sebalik nama dan identiti rakyat Palestin, akaun TikTok itu didakwa kerap menonton video wanita tidak berhijab dan berpakaian seksi.

Perkara itu sekali gus mengundang kecaman hebat di ruangan komen yang rata-ratanya menggesa agar akaun berkenaan dikenakan tindakan.

"Orang duduk Palestin mana ada tengok TikTok cewek Indo ni, memang penipu scammer semua ni," kata Nasrul.

"Memang tak pernah percaya, orang Malaysia ni pula pemurah sangat dan cepat kena scam," ujar Malaysia Guy.

"Yang bagi gift duit itu semua golongan baik-baik, tapi jadi mangsa scam, patut buat laporan terus kenakan tindakan pada pemilik akaun macam itu," tambah Jassdiman.

Terdahulu, serangan rejim Zionis ke atas lebih sejuta rakyat Palestin yang berlindung di kem pelarian terpadat di dunia, Rafah dilihat semakin diperhebat.

Serangan Israel setakat ini telah membunuh lebih 34,844 rakyat Palestin dalam tujuh bulan perang di Gaza. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram