PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah sebuah jenama besar bertanggungjawab dalam memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya di Malaysia melalui skim-skim perlindungan yang diperkenalkan.
Dana daripada Bajet 2024 memperuntukkan sebanyak lebih RM200 juta kepada Kementerian Sumber Manusia menerusi PERKESO untuk memperkasa jaringan perlindungan sosial dan memacu pasaran buruh.
Dua perkara berikut merupakan antara inisiatif dijalankan PERKESO pada tahun lalu:
1. SPS Madani 2.0
SPS Madani merupakan bantuan penuh caruman di mana pihak kerajaan menyediakan pembiayaan caruman sepenuhnya (100 peratus) di bawah Pelan Caruman 2 (RM232.80) dan Pelan Caruman 4 (RM592.80) dengan perlindungan selama 12 bulan kepada kumpulan berjaya Orang Bekerja Sendiri (OBS).
2. SPS Padanan Caruman
SPS Padanan Caruman adalah pembiayaan padanan caruman bagi Pelan Caruman 2 (RM232.80), di mana 90 peratus (RM209.50) dibiayai oleh kerajaan, manakala baki 10 peratus (RM23.30) perlu dibayar oleh kumpulan sasar untuk mendapatkan perlindungan selama 12 bulan.
Perbezaan antara SPS Padanan Caruman dan SPS Madani.
Berikut merupakan kesinambungan inisiatif dijalankan bagi program Bajet 2024 khusus bagi kategori golongan rentan dan barisan hadapan.
1. SPS Madani - Perkhidmatan rumah ibadat Islam 2.0
- Perkhidmatan rumah ibadat Islam masjid di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau negeri.
2. SPS Madani - CFS 2.0
- Pekerja berstatus 'contract for service' bagi sektor awam.
3. SPS Madani - Penyelia petugas dalam komuniti 2.0
- Penyelia dan petugas pemulihan dalam komuniti.
4. SPS Madani - Sukarelawan 2.0
- Sukarelawan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) Maritim, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Bomba.
5. SPS Joran 2.0
- Perikanan (termasuk akuakultur).
6. SPS Agro 2.0
- Pertanian, perladangan dan penternakan.
7. SPS Gig 4.0
- Definisi menggunakan aplikasi digital di bawah syarikat pengantara (Service PlatformProvider) semua sektor teksi, bas, lori, p-hailing, e-hailing dan merchant.
8. SPS Usahawanita 3.0
- Wanita bekerja sendiri di bawah 20 sektor.
9. SPS Jaja 3.0
- Penjaja (makanan, cenderahati, aksesori, pakaian, sayuran, perubatan, urutan dan pembuatan).
10. SPS Seni 3.0
- Artis (pelakon, penyanyi, pelukis, penari, peragawati, jurufoto, semua kelas di bawah sektor kesenian, pembinaan dan pengumpul barangan).
11. SPS Lain Upaya 3.0
Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Orang Asli (Semenanjung).
12. SPS Asal 3.0
- Orang Asal Sabah dan Sarawak.
13. SPS Sukan 2.0
- Semua sukan Malaysia (tradisional, e-sport dan jurulatih).
14. SPS Didik 2.0
- Sektor pendidikan (pelatih, cikgu persendirian, tutor, jurulatih, perkhidmatan dan rumah ibadat). Sektor ejen (profesional, data dan penginapan).
15. SPS Servis 2.0
- Malim gunung, pemandu pelancong, sukarelawan, 'contract for service' dan ICT.
Orang ramai boleh memuat turun e-newsletter PERKESO dengan melayari laman web https://www.perkeso.gov.my/e-newsletter.html bagi mengetahui perkembangan kempen terkini agensi itu yang menitikberatkan soal kesihatan dan keselamatan pencarum. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram