[VIDEO] Leka kejar bola, budak lelaki 2 tahun 'lunyai' kena golek tayar 4x4


  • Benua
  • Isnin, 27 Mei 2024

Tangkap layar insiden maut membabitkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang digilis kenderaan pacuan empat roda di Sidoarjo pada Ahad.

KERIANGAN seorang budak sedang bermain bola bertukar tragedi apabila dia digilis sebuah kenderaan pacuan empat roda di Sidoarjo, Indonesia pada Ahad.

Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun itu dipercayai sedang bermain bola tampar bersama jiran tetangga di kawasan terbabit sebelum dirempuh ketika melintas.

Difahamkan, orang ramai yang menyedari situasi itu sempat menjerit 'berhenti' namun gagal dielak pemandu yang memandu laju di laluan selekoh tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu maut, anak putus kaki digilis bas habis minyak mengundur tiba-tiba

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Memang kawasan maut’, bapa maut digilis lori lepas jemput anak perempuan pulang sekolah di Jalan Sungai Tua

Pemandu kereta jenis Toyota Fortuner itu kemudiannya diserbu dan dimarahi selepas dikatakan seolah-olah tidak menyedari akan pelanggaran itu.

"Anehnya, pemandu seperti tidak sedar akan hal itu walaupun kanak-kanak berkenaan digilis pada tayar hadapan dan belakang.

"Insiden itu berlaku terlalu pantas, mangsa dari taman perumahan berlari ke seberang jalan dan tiba-tiba kereta dengan kelajuan tinggi merempuh kanak-kanak itu," kata Hanif yang merupakan salah seorang saksi kejadian.

Ketua Unit Trafik Polis Sidoarjo, Ajun Komisaris Polisi Ony Purnomo berkata, kes tersebut masih dalam siasatan dan pemandu berkenaan sudah pun ditahan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram