Malaysia tak cukup pakar pokok — PArM


  • Massa
  • Ahad, 26 Mei 2024

Pada waktu ini, jumlah ahli arbor dimiliki Malaysia adalah seramai 150 orang. — Gambar hiasan

NEGARA ketika ini masih mengalami kekurangan pakar pokok bertauliah yang diperlukan untuk memastikan penjagaan tumbuhan tersebut di seluruh negara.

Presiden Persatuan Arborist Malaysia (PArM), Mohd Zailani Jamil berkata, pada waktu ini, jumlah ahli arbor dimiliki Malaysia adalah seramai 150 orang.

Bilangan tersebut dilihat jauh daripada memenuhi keperluan negara yang menurut Mohd Zailani dianggar memerlukan sekurang-kurangnya 2,000 ahli arbor.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Dulu setinggan Indonesia, sekarang Rohingya pula 'conquer' Kuala Lumpur'

BACA LAGI: Lesen memandu jauh lebih mahal berbanding gaji minimum, desak wujudkan subsidi bersasar atau tetapkan harga siling

"Ahli arbor ini penting untuk pihak berkuasa tempatan (PBT), bagi perunding dan agensi lain yang terbabit dengan penjagaan pokok. Bilangan (keperluan terhadap ahli arbor) ini akan meningkat," katanya kepada Majoriti.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai saranan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming supaya PBT mempunyai doktor pokok atau arborist dalam perkhidmatannya bagi menambah baik pengurusan landskap di setiap kawasan perbandaran.

Pada Ahad, Kor Ming berkata, setiap petugas landskap PBT perlu mengikuti kursus arborist anjuran Jabatan Landskap Negara bagi memastikan matlamat berkenaan dapat dicapai.

Saranan berkenaan dikeluarkan susulan daripada beberapa insiden pokok tumbang yang dilaporkan berlaku akibat cuaca buruk melanda negara pada bulan ini.

2682970 (1)

Negara dikejutkan dengan beberapa insiden pokok tumbang yang berlaku ekoran daripada cuaca buruk melanda negara pada Mei.

Mengulas lanjut, Mohd Zailani berkata, meskipun jumlah ahli arbor di dalam negara masih belum mencukupi, tugas asas dalam arborikultur masih boleh dilaksanakan pegawai PBT yang dilatih dalam kursus untuk memenuhi objektif dalam penjagaan pokok.

Beliau berkata, pada waktu ini, sememangnya sudah ada pegawai PBT yang mengikuti kursus bagi tujuan pentauliahan.

Katanya, beberapa PBT juga telah memiliki ahli arbor bertauliah, namun mereka masih memerlukan pengiktirafan dari peringkat jabatan.

"Selain kursus jangka pendek bagi modul tertentu untuk meningkatkan kefahaman dalam menjalankan tugas penyelenggaraan termasuk terhadap kontraktor-kontraktor pemangkasan. Tetapi penglibatan ini masih jauh dari sasaran.

"Perlu ada pendekatan yang lebih ketat dan serius bagi memastikan kemahiran peringkat vokasional dilaksanakan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram