[VIDEO] Ibu maut, anak putus kaki digilis bas habis minyak mengundur tiba-tiba


  • Berita
  • Ahad, 26 Mei 2024

Bas terlibat dalam kemalangan maut di Cirebon, Indonesia pada Sabtu, menyebabkan seorang wanita maut manakala anaknya mengalami kecederaan parah di kaki.

SEORANG ibu maut manakala anaknya parah putus kaki selepas motosikal dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah bas yang mengundur secara tiba-tiba dalam kejadian di Desa Beber, Kabupaten Cirebon, Indonesia pada Sabtu.

Dalam kejadian sekitar pukul 7.50 pagi waktu tempatan, bas terbabit yang sedang dalam perjalanan dari Cirebon ke Kuningan dilaporkan mengalami kerosakan selepas dipercayai kehabisan minyak.

Kenderaan penumpang itu kemudiannya secara tiba-tiba berundur ketika pemandu terbabit cuba menghidupkan semula enjin dengan meminta orang ramai menolak bas berkenaan.

Bagaimanapun, pada masa sama, motosikal dinaiki mangsa yang juga secara kebetulan berada di belakang bas berkenaan berundur tiba-tiba menyebabkan mereka dilanggar.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Dulu setinggan Indonesia, sekarang Rohingya pula 'conquer' Kuala Lumpur'

BACA LAGI: Lesen memandu jauh lebih mahal berbanding gaji minimum, desak wujudkan subsidi bersasar atau tetapkan harga siling

photo1716726307 (1)

Tangkap layar video tular memaparkan keadaan kedua-dua mangsa terbabit dalam kemalangan tersebut.

Penunggang motosikal terbabit yang juga seorang merupakan wanita berusia 25 tahun maut di tempat kejadian manakala anaknya yang masih kecil dan membonceng mengalami kecederaan parah putus kaki.

Detik-detik kejadian itu turut dirakam oleh saksi yang berada di tempat kejadian.

Dalam pada itu, polis memaklumkan ketika kejadian, brek udara bas terbabit disyaki mengalami kerosakan menyebabkannya tidak berhenti.

Dilaporkan, pemandu bas berkenaan yang berusia 42 tahun itu juga disyaki cuai ketika mengendalikan kenderaan terbabit dengan pihak berkuasa masih menyiasat kejadian tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram