Tak semua boleh ikut aliran trafik, ketahui jenis kenderaan mobiliti boleh guna atas jalan


  • Massa
  • Isnin, 27 Mei 2024

Hanya beberapa jenis kenderaan mobiliti masih dibenarkan di jalan raya dengan syarat tertentu seperti basikal, beca, dan basikal elektrik yang mematuhi spesifikasi Malaysia Standard, MS2514, boleh digunakan dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan. 

PERMINTAAN untuk kenderaan mobiliti di Malaysia semakin meningkat seiring dengan perkembangan pesat dalam industri kenderaan elektrik (EV) dan usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon.

Namun, di tengah-tengah peningkatan permintaan untuk kenderaan mobiliti di negara ini, ramai yang masih keliru mengenai jenis kenderaan yang dibenarkan di jalan raya.

Malah, ada yang menganggap kenderaan mobiliti contohnya motosikal atau skuter elektrik boleh digunakan di jalan raya kerana kurang peka dengan peraturan yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan.

main_adn_3009_germoped

Hanya beberapa jenis kenderaan mobiliti masih dibenarkan di jalan raya dengan syarat tertentu.

Untuk makluman, hanya beberapa jenis kenderaan mobiliti masih dibenarkan di jalan raya dengan syarat tertentu seperti basikal, beca, dan basikal elektrik yang mematuhi spesifikasi Malaysia Standard, MS2514, boleh digunakan dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Selain itu, kenderaan-kenderaan ini boleh digunakan di kawasan tidak bercampur dengan aliran trafik seperti kawasan persendirian atau laluan khusus yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Berdasarkan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas (Larangan Penggunaan Kenderaan Mobiliti Tertentu) 2021, tiga jenis kenderaan mikromobiliti diharamkan penggunaannya di jalan raya Malaysia:

1. Moped

Contoh kenderaan Moped yang sering digunakan di dalam negara. — Gambar hiasan

Nama 'moped' adalah gabungan dari perkataan motor dan pedal, kerana moped asalnya mempunyai pedal seperti basikal yang boleh digunakan untuk membantu pergerakan kenderaan tersebut, terutamanya apabila enjin tidak berfungsi atau memerlukan bantuan untuk mendaki bukit.

Kenderaan moped merujuk kepada sejenis kenderaan bermotor yang mempunyai dua atau tiga roda dan dipacu oleh enjin kecil atau sumber tenaga elektrik.

Kenderaan dua atau tiga roda ini dipacu oleh sumber elektrik dengan kelajuan maksimum 50 kilometer per jam (km/j).

2.Personal Mobility Devices (PMD)

If you're one the many people in cities around the world won over to electric scooters for hire, then you might be wondering if it's worth buying your own. — dpa

PMD seperti skuter elektrik diharamkan penggunaannya di jalan raya awam atas alasan keselamatan. — Gambar hiasan

PMD merujuk kepada kenderaan kecil yang direka untuk pengangkutan individu, biasanya banyak digunakan kawasan bandar.

PMD dipacu oleh kuasa elektrik atau tenaga manusia. Contoh-contoh PMD termasuk hoverboard, segway, unicycle elektrik dan skuter elektrik yang dipacu oleh kuasa elektrik atau manusia dengan kelajuan maksimum 25 km/j.

Di Malaysia, PMD seperti skuter elektrik diharamkan penggunaannya di jalan raya awam atas alasan keselamatan, namun ia masih boleh digunakan di kawasan persendirian atau laluan khusus yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan​.

3. Personal Mobility Aids (PMA):

8-mph-scooter-on-ramp-of-a-Wheelchair-Accessible-Vehicle

PMA merupakan alat bantu mobiliti peribadi seperti skuter mobiliti dan kerusi roda bermotor​​. — Gambar hiasan

Sama seperti PMD, kenderaan PMA dibenarkan penggunaannya di kawasan persendirian atau di tempat-tempat yang direka khas untuk mereka, tetapi penggunaannya di jalan raya awam adalah terhad untuk memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.

PMA biasanya digunakan oleh orang tua, orang kurang upaya, atau mereka yang memerlukan bantuan tambahan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

Contoh-contoh PMA termasuk kerusi roda yang dilengkapi dengan motor elektrik untuk memudahkan pergerakan tanpa memerlukan tenaga manual daripada pengguna dan kenderaan kecil yang dilengkapi dengan tempat duduk dan stereng, dipacu oleh bateri elektrik untuk membantu individu bergerak dengan lebih mudah.

Berikutan kepada peningkatan penggunaan kenderaan mobiliti terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Penang, mendorong keperluan untuk lebih banyak kesedaran dan pendidikan kepada pengguna mengenai peraturan jalan raya yang berkaitan.

Sehubungan itu, kerajaan bersama pihak berkuasa tempatan sedang giat menjalankan kempen kesedaran mengenai keselamatan dan penggunaan kenderaan mobiliti yang betul di jalan raya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram