PASANGAN tular yang meraih perhatian seluruh negara kerana membawa bayi lelaki berusia 11 bulan menunggang motosikal dengan memakai alat pernafasan yang di Alor Setar, Kedah baru-baru ini sebenarnya bukanlah menghilangkan diri.
Ibu bapa kepada adik Aariz Zafran itu sebaliknya membuat urusan untuk mempercepatkan proses pernikahan mereka, lapor Berita Harian.
Menurut sumber, Mohd Azlan Ishak, 35, dan Norhidayu Halim, 35 tersebut tidak menjawab panggilan telefon kerana mempunyai urusan tertentu.
Sementara itu, Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Muhammad Hazamer Mualim berkata, Mohd Azlan hadir ke pejabatnya di masjid berkenaan pukul 3 petang tadi (Ahad).
BACA LAGI : Mak ayah adik Aariz Zafran hilangkan diri, tinggalkan nenek hidap angin ahmar sendirian
Katanya, lelaki itu datang membawa dokumen lengkap untuk mengisi borang pernikahan bersama pasangannya yang berusia 35 tahun itu.
"Saya turut membantu dia mengisi borang kahwin dan menasihatkannya supaya mengikut tatacara perkahwinan termasuk pemeriksaan HIV dan sebagainya.
"Dia akan segera menghantar borang pernikahan ini di Pejabat Agama Daerah Kota Setar, Kedah.
"Apabila selesai semua urusan tu dan mereka mengikut panduan semua lengkap, urusan pernikahan akan dilakukan segera," katanya.
Terdahulu, cubaan Majoriti untuk menghubungi mereka tidak berjaya kerana kedua-duanya tidak menjawab panggilan. Malah mereka juga mematikan talian telefon dipercayai agar tidak dapat dihubungi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram