Jangan bezakan Rohingya atau Palestin, berikan mereka peluang pekerjaan — Pakar Ekonomi


  • Massa
  • Ahad, 26 Mei 2024

Etnik Rohingya dilihat sebagai satu kumpulan pendatang baharu dalam negara selepas Bangladesh, Nepal dan Indonesia. — Gambar hiasan

SURUHANJAYA Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) merupakan agensi yang dimandatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melindungi dan membantu penempatan semula pelarian di negara ketiga.

Namun, lambakan pemegang kad UNHCR dalam kalangan Rohingya khususnya dilihat semakin menggusarkan rakyat dengan status mereka sebagai pelarian di negara ini tiada penghujungnya.

Situasi itu bertambah buruk apabila golongan etnik berkenaan kerap kali dikaitkan dengan kes jenayah mahupun peminta sedekah di negara ini.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Dulu setinggan Indonesia, sekarang Rohingya pula 'conquer' Kuala Lumpur'

BACA LAGI: [VIDEO] DBKL tidak nampak? Warga asing bermaharajalela, selamba berniaga di Menara Merdeka 118

Berbeza dengan pendatang warga Bangladesh, Indonesia dan Nepal, kedatangan mereka dilihat lebih tertumpu kepada sektor pembinaan dan tenaga buruh dengan pekerjaan itu lebih dikuasai golongan terbabit.

Timbul desakan dalam kalangan rakyat yang menggesa agar pendatang Rohingya ini dihalau semula ke penempatan asalnya atas faktor isu sosial serta kerugian yang perlu ditanggung kerajaan.

Mengulas lanjut hal itu, penganalisis ekonomi, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff tegas menyatakan pendiriannya agar pendatang Rohingya diberikan pekerjaan sama seperti rakyat asing yang lain.

Memandang ia dari sudut kemanusiaan, beliau menjadikan isu di Palestin sebagai contoh terdekat yang perlu diteladani.

dfs

Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff

"Kita jangan hipokrit, isu Palestin yang jauh di mata itu pun kerajaan boleh hantar bantuan makanan dan sebagainya, kenapa Rohingya dikecualikan.

"Apa bezanya situasi kedua-dua kumpulan itu, masing-masing merupakan rakyat yang ditindas malah mereka juga beragama Islam, jadi tidak salah kalau dibantu juga.

"Sekurang-kurangnya berikan mereka peluang pekerjaan dalam sektor binaan sementara pihak PBB menempatkan mereka di satu lokasi yang lain.

"Daripada kerajaan bela mereka secara percuma, lebih baik diberikan kerja, dapat juga menyumbang pulangan kepada ekonomi negara," katanya kepada Majoriti.

buruh

Sektor pembinaan merupakan antara pekerjaan utama bagi warga asing di Malaysia.

Akur dengan isu sosial melibatkan golongan terbabit, Ahmed Razman mencadangkan agar lokasi pekerjaan mereka tidak tertumpu di kawasan bandar sahaja.

Jelasnya, ia bertujuan bagi memudahkan pihak atasan untuk menjejaki mereka dan jauh daripada kelompok jenayah yang semakin kritikal di tengah kota.

"Kebanyakan isu lambakan di Kuala Lumpur misalnya tercetus akibat sifat segelintir individu tempatan yang gemar menggajikan mereka secara haram.

"Walaupun tahu mereka tiada butir diri yang sah, pihak tak bertanggungjawab khususnya majikan perniagaan, lebih gemar membayar mereka dengan harga murah, secara tak langsung jadi kartel jenayah pula.

"Jadi kalau Rohingya ini ditempatkan khas bekerja di sesebuah lokasi, pihak berkuasa akan lebih mudah mengawal keselamatan awam mahupun memantau pekerja asing ini," tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram