[VIDEO] DBKL tidak nampak? Warga asing bermaharajalela, selamba berniaga di Menara Merdeka 118


  • Tular
  • Jumaat, 10 Mei 2024

Tangkap layar sekumpulan lelaki dipercayai warga asing berniaga di laluan pejalan kaki berdekatan Menara Merdeka 118 pada Khamis.

"DI mana penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)?". Demikian antara persoalan ditimbulkan warga maya susulan penularan video warga asing dengan selamba berniaga menjual sayur-sayuran di pusat bandar Kuala Lumpur.

Lebih mengejutkan, insiden itu berlaku berdekatan dengan puncak menara tertinggi di Malaysia, Merdeka 118 pada Khamis.

Melalui rakaman video berdurasi lebih seminit itu, empat lelaki dipercayai warga asing menjual sayur-sayuran, telur serta buah-buahan di lokasi tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Bekas polis, pelukis pelan JKR antara Geng Bacin ditangkap terlibat kegiatan samun bersenjata di Melaka

BACA LAGI: [VIDEO] Tiga lelaki menyamar polis samun, culik ejen pelaburan Forex di Kuantan

Malah, kelihatan penjaja tersebut turut menggunakan meja untuk meletakkan jualannya.

Penularan video yang tular sejak Khamis itu turut mengundang reaksi pengguna media sosial yang kurang senang akan kelemahan sistem pihak berkuasa tempatan (PBT) terutamanya DBKL.

"PBT terutamanya DBKL tolong buat kerja, halau semua warga asing yang berniaga. Jangan berat sebelah," kata @adi_fizni.

BACA LAGI: Politik pejabat, jadi 'kambing hitam ' antara sebab Gen-Z, milenial tak minat jawatan pengurus — Kajian

"Persoalannya, mana DBKL? Tak kan nak tunggu tapak ini jadi kawasan pasar pagi atau pasar basah baru nak ambil tindakan. Tolong cegah sebelum terlambat. Buat malu orang luar sahaja," tulis @PaksuPB.

Pada masa sama, orang awam turut mendesak tindakan tegas dilakukan ke atas penjaja warga asing ini agar kejadian tidak berulang.

Untuk rekod, ini bukanlah insiden pertama melibatkan warga asing, pada April lalu turut tular video seorang peniaga warga asing yang menjaja makanan ala Mumbai pusat bandar Kuala Lumpur.

Video berdurasi 23 saat itu memaparkan warga asing menjaja jualan makanan ala makanan jalanan dari India.

Aktiviti penjaja warga asing yang sesuka hati berniaga di tempat awam ternyata mendapat reaksi negatif netizen yang mempersoalkan aspek perundangan dan kebersihan makanan selain merosakkan imej negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram