TATKALA ramai bersimpati atas nasib malang dihadapi pasangan suami isteri yang terpaksa membawa bayinya menaiki motosikal ke hospital, timbul pula cerita tidak manis tentang mereka.
Terbaharu, pasangan terbabit didakwa belum berkahwin dan wanita berkenaan masih berstatus isteri orang.
Pendedahan itu dibuat seorang imam Masjid Al-Makrufi di Alor Setar, Kedah menerusi perkongsian di laman Facebook baru-baru ini.
Dalam pada itu, status bayi itu juga turut mencetuskan pertikaian ramai sama ada sah taraf atau sebaliknya memandangkan kedua-duanya masih belum bernikah.
Perkongsian orang ramai di laman media menggesa agar pihk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tampil membela nasib bayi tersebut.
"Harap JKM ambil la anak itu, dia tak berdosa, mak ayah pula hantar masuk pusat serenti dan pulihkan.
"Semua duit sumbangan, kereta bagi satu pihak untuk jaga sementara, dah pulih nanti bagi la semula dan pulangkan anak mereka.
"Semoga keluarga ini berjaya pulih daripada ketagihan dadah dan anak-anak terbela," kata Mohd Fadli Salleh.
Sementara itu, hasil derma orang ramai dipercayai kira-kira lebih RM200,000 telah digunakan untuk tujuan peribadi termasuklah barangan emas.
Beberapa dakwaan warganet turut mendedahkan pasangan terbabit telah lama memperdaya orang ramai untuk mendapatkan sumbangan wang sejak 2016.
Meraih simpati bermodalkan penyakit kronik bayinya, kedua-dua pasangan berkenaan dipercayai pernah menerima bantuan daripada pelbagai pihak sejak beberapa tahun lalu namun masih belum mencukupi sehingga ke hari ini.
Tangkap layar video memaparkan Mohd. Azlan menerima sebuah kereta Proton Persona baru-baru ini.
Terdahulu, seorang pengusaha kedai automotif di Alor Setar, Kedah menghadiahkan sebuah kereta Proton Persona terpakai buat keluarga itu bagi meringankan beban mereka.
Kisah pasangan terbabit sebelum ini turut meraih perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram