SEBUAH rumah kedai dilaporkan terbakar dan mengakibatkan tiga beranak rentung dalam insiden yang berlaku di Pekan Kongsi, Balik Pulau, Pulau Pinang pada Sabtu.
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 7 pagi dengan dua daripada mangsa ditemui maut di tingkat bawah premis, manakala seorang lagi di tingkat atas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau, Mohd Faris Mansor mengesahkan insiden itu dengan asap tebal kejadian tercetus akibat kebakaran membabitkan barangan perabot seperti permaidani dan tilam.
BACA LAGI: [VIDEO] Butik jenama popular baju raya terbakar di Bangi, 2 pekerja sesak nafas [VIDEO] Audi hangus terbakar lagi 2 hari nak raya angkara anak jiran bermain bunga api di Puncak Alam
BACA LAGI: [VIDEO] Butik jenama popular baju raya terbakar di Bangi, 2 pekerja sesak nafas
"Difahamkan ketika kejadian, wanita bersama tiga anaknya iaitu dua lelaki dan seorang perempuan berada dalam rumah itu.
"Pada mulanya, wanita terbabit bersama dua anak lelakinya berjaya keluar daripada rumah. Namun sebaik menyedari anak perempuannya masih berada dalam rumah, mangsa ditemani seorang anak lelaki masuk semula ke premis, namun ketiga-tiga mereka gagal keluar dengan selamat," katanya menurut laporan Berita Harian.
Operasi pemadaman membabitkan anggota BBP Seri Balik Pulau bersama dua jentera dibantu BBP Balik Pulau namun, punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan.
Sementara itu, perkongsian seorang wanita dipercayai rakan kepada salah seorang mangsa mendedahkan bahawa premis berkenaan merupakan perniagaan warisan turun-temurun daripada arwah bapanya.
"Lepas ayah dia meninggal, anaknya ambil alih urus kedai bantu maknya, dulu kedai lama mereka di sebelah benteng zaman 90-an, lepas itu pindah duduk rumah kedai tepi bank BSN.
"Kedai dia dulu orang ramai cari buat beli tikar getah, kain ela untuk buat baju raya dan sekolah.
"Tak dapat bayangkan macam mana masa mereka terperangkap atas itu sebab tangga keluar satu sahaja, itu jelaluan keluar yang ada tak silap," kata Salwa Wawa C-rain di laman Facebook. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram