[VIDEO] Penyamun berparang hambat, rentap rantai emas RM15,000 peniaga lelaki sebelum tinggalkan kereta dekat lorong di Ipoh


  • 112
  • Sabtu, 25 Mei 2024

Tangkap layar kes rompakan membabitkan dua suspek bersenjatakan parang di Jalan Coldstream Buntong, Kampung Baru Buntong, Ipoh, Perak pada Rabu.

SATU kes rompakan dilaporkan berlaku di sebuah rumah dekat Jalan Coldstream Buntong, Kampung Baru Buntong, Ipoh, Perak pada Rabu.

Polis sedang mengesan suspek bersenjatakan parang disyaki terlibat dalam kegiatan itu selepas didakwa cuba merompak seorang peniaga di rumah tersebut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, laporan polis berkaitan kejadian itu dibuat seorang lelaki warga tempatan berusia 30 tahun pukul 4.13 pagi.

BACA LAGI: [VIDEO] Perompak sempat sapa 'aunty' sebelum samun tiga beranak di Mentakab

BACA LAGI: [VIDEO] Macam 'WWE', pencuri motosikal tergamam kena hempuk 'owner' di Sabah

Katanya, siasatan mendapati kejadian itu berlaku sekitar pukul 2.55 pagi.

"Suspek yang menggunakan kereta jenis Nissan Almera berwarna putih itu telah mengejar mangsa menggunakan parang dan menarik rantai emas yang dipakai lelaki tersebut.

"Anggaran kerugian dialami mangsa berjumlah RM15,000,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, siasatan polis melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek memakai topi dan pelitup muka berwarna hitam.

Katanya, pihak polis telah menjumpai sebuah kereta digunakan suspek yang ditinggalkan di sebuah lorong berhampiran kawasan berkenaan.

"Usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan dan menangkap suspek dipercayai lelaki bagi membantu siasatan.

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan dan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Josin Amatin di talian 016-2222491," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram