DUA pekerja butik baju Melayu popular, Elrah Eksklusif di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor mengalami sesak nafas selepas premis terbabit terbakar dalam kejadian pada Sabtu.
Difahamkan, insiden itu berlaku pada pukul 2.29 petang.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata, kebakaran berkenaan melibatkan longgokan kotak di ruangan tangga tingkat tiga premis terbabit.
BACA LAGI: Ambil ilham suasana KL 1935, jurutera ini mula inisiatif berbasikal ke tarawih
"Anggota bomba menggunakan satu aliran air 91 meter daripada air tangki pam jentera, berjaya memadam kebakaran.
"Dua pekerja lelaki di butik itu mengalami sesak nafas dan mereka diberikan rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang turut berada di lokasi," katanya dalam satu kenyataan.
Ahmad Mukhlis berkata, pihak bomba masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kebakaran.
Katanya, kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 20 dan 21 tahun itu dikejarkan ke Hospital Serdang bagi mendapatkan rawatan susulan.
Ahmad Mukhlis berkata, buat masa ini, pihak bomba masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kebakaran.
Video mengenai kebakaran itu turut tular di media sosial dengan pihak bomba dilihat sedang melakukan usaha memadam kebakaran. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram