SEBUAH kenderaan mewah jenis Audi hangus terbakar 100 peratus dipercayai akibat perbuatan sekumpulan anak jiran yang bermain bunga api di sebuah kawasan perumahan di Puncak Alam, Selangor pada Ahad.
Kejadian yang berlaku pada Ahad malam itu dikongsikan seorang pengguna di laman X (Twitter), @aswadi_didi pada hari yang sama.
Menurutnya, terdapat bunyi letupan di lokasi berhampiran sebelum kenderaan mewah tersebut tiba-tiba terbakar kira-kira dua hari menjelang Hari Raya Aidilfitri.
BACA LAGI: [VIDEO] Butik jenama popular baju raya terbakar di Bangi, 2 pekerja sesak nafas
Bagaimanapun, seorang lagi saksi, @ffaisalehsan tampil memaklumkan bahawa punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.
"Aku dah tengok CCTV (kamera litar tertutup selama) 30 minit sebelum terbakar. Tiada budak main bunga api pun," ciapnya di ruangan komen.
Sementara itu, Balai Bomba Dan Penyelamat (BPP) Bestari Jaya dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.20 malam.
"Komander Operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah kereta Audi ( MAL 2668) terbakar 100 peratus.
"Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.
Bagaimanapun katanya, punca siasatan masih dalam siasatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram