Rugi RM12,000, 2 sahabat diperdaya 'teman wanita jadian' yang sama


  • 112
  • Jumaat, 24 Mei 2024

Mangsa memaklumkan kepada pihak polis dia berkenalan dengan seorang 'wanita' melalui aplikasi 'Tinder' pada 4 Februari 2021.

SEORANG lelaki kerugian RM12,000 selepas diperdaya dalam aktiviti 'love scam' baru-baru ini.

Lebih malang lagi, mangsa yang berumur 27 tahun ditipu seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita yang sebelum itu meminta mangsa menyerahkan sejumlah wang demi cinta.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Shan Gopal berkata, suspek ditahan Rabu lalu selepas mangsa seorang lelaki membuat laporan ditipu.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Dulu setinggan Indonesia, sekarang Rohingya pula 'conquer' Kuala Lumpur'

BACA LAGI: [VIDEO] Pegawai ahli politik patah kaki, antara lebih 50 cedera pentas runtuh semasa kempen pilihan raya di Mexico

Mangsa menyedari ditipu selepas seorang rakan turut memaklumkan berkenalan dengan suspek menggunakan modus operandi sama. — Gambar Hiasan

Menurutnya, berdasarkan laporan, mangsa yang tinggal di Bandar Baru Salak Tinggi dekat Sepang, Selangor memaklumkan berkenalan dengan seorang 'wanita' melalui aplikasi 'Tinder' pada 4 Februari 2021.

"Suspek ada meminta bantuan kewangan daripada mangsa membabitkan jumlah keseluruhan RM12,000.

"Pada 2022, suspek memberitahu kononnya adiknya pergi ke United Kingdom, England untuk menyumbang organ sebelum meninggal dunia akibat sakit.

"Mangsa menyedari ditipu selepas seorang rakan turut memaklumkan berkenalan dengan suspek menggunakan modus operandi sama. Susulan itu polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan suspek lelaki di Cyberjaya," katanya pada Khamis.

Menurutnya, suspek kini direman bagi siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. — The Star/ FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram