Kes resit tempah piza hina Islam: Pasangan suami isteri, tauke kebun durian antara 4 ditahan polis P.Pinang


  • 112
  • Khamis, 23 Mei 2024

Satu hantaran gambar resit yang dikeluarkan sebuah restoran makanan segera di Kenari Avenue tular di media sosial kerana membabitkan kenyataan yang menyentuh isu 3R di ruangan nota pesanan.

POLIS menahan empat individu bagi membantu siasatan kes resit pesanan pelanggan sebuah restoran rangkaian piza di Kenari Avenue dekat Bayan Lepas, Pulau Pinang yang didakwa menghina Islam baru-baru ini, lapor Berita Harian.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata, mereka membabitkan tiga warga Myanmar, termasuk sepasang suami isteri serta seorang lelaki tempatan, ditahan polis di sebuah pondok dalam dusun durian di Sungai Ara.

Katanya, tiga warga Myanmar berusia 19 hingga 28 tahun itu pekerja kebun durian, manakala lelaki tempatan berusia 67 tahun adalah majikan, semua ditahan pada Khamis minggu lalu.

BACA LAGI: Lapan individu dipanggil beri keterangan bantu siasatan kes resit pesanan piza hina Islam

BACA LAGI: Resit pesanan piza hina agama Islam, polis buka kertas siasatan

pg10-28092021-rampasan-dadah_3962491_20240316163424

Superintendan Kamarul Rizal Jenal.

"Tiga warga Myanmar itu direman sehingga 3 Jun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. Lelaki tempatan itu pula dibebaskan dengan jaminan polis selepas reman tamat, Isnin lalu.

"Setakat ini, kita sudah terima 17 laporan berkaitan kes berkenaan," katanya.

Terdahulu, Majoriti melaporkan satu hantaran gambar resit yang dikeluarkan sebuah restoran makanan segera di Kenari Avenue tular di media sosial kerana membabitkan kenyataan yang menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan institusi raja) di ruangan nota pesanan itu oleh seorang individu yang membuat pesanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram