Petani harapkan bantuan tunai, pengusaha bas mampu tawar harga munasabah


  • Massa
  • Jumaat, 24 Mei 2024

Pengusaha padi dan bas ekspres merupakan golongan yang bakal menerima manfaat daripada bantuan bakal disalurkan.

BANTUAN kewangan bakal diterima pemilik kenderaan menggunakan diesel akan memanfaatkan lebih 7,000 petani yang mengusahakan 2,645 hektar padi di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu di Kelantan.

Pengurusi Persatuan Penanam Padi Kelantan, Zuha Ismail berkata, inisiatif berkenaan membuktikan kerajaan mementingkan kebajikan petani dalam negara.

"Perladangan, terutamanya berkaitan penanaman padi adalah pekerjaan utama kebanyakan penduduk kampung di Kelantan. Bantuan kewangan untuk diesel akan mengurangkan bebanan," katanya.

BACA LAGI: Media Singapura bongkar sisi gelap bas ekspres Malaysia, PEMBAWA gesa MOT campur tangan

BACA LAGI: Syarikat bas boleh lingkup, harga tiket melambung jika subsidi dikurangkan — PEMBAWA

61651444062_LailiIsmail

Laili menjelaskan pengusaha bas ekspres menerima subsidi diesel ketika ini.

Zuha berkata, aktiviti pertanian banyak melibatkan penggunaan diesel, termasuk ketika proses penuaian benih serta penjualan hasil tanaman.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA), Laili Ismail berharap subsidi berbentuk bantuan tunai bulanan buat pengusaha bas akan diteruskan.

"Buat masa sekarang, pengusaha bas diberikan subsidi untuk bekalan diesel iaitu sebanyak 2,880 liter diesel pada harga RM1.88 sen seliter setiap bulan membabitkan penjimatan lebih RM700," katanya.

“Dengan masih adanya subsidi untuk pengusaha bas, saya sebagai pengusaha bas ekspres masih mampu menawarkan harga tiket berpatutan kepada pengguna. Besar harapan kami agar subsidi diesel ini diteruskan sampai bila-bila,” katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram