Rasionalisasi subsidi diesel di semenanjung akan dilaksanakan tahun ini — KPDN


  • Primer
  • Khamis, 23 Mei 2024

Armizan (tengah) memaklumkan, tarikh pelaksanaan tersebut masih belum dapat ditentukan namun akan dibuat pada tahun ini juga.

RASIONALISASI subsidi diesel akan dilaksanakan pada tahun ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau bagaimanapun memaklumkan, tarikh pelaksanaan tersebut masih belum dapat ditentukan.

Menurut Armizan, Kabinet pada dasarnya telah bersetuju untuk merasionalkan subsidi diesel pada tahun ini.

BACA LAGI: '[VIDEO] Kerajaan akan umum garis masa pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel apabila sudah bersedia — Rafizi

BACA LAGI: Harga RON95 cecah RM3.50? Peningkatan berperingkat amalan terbaik rasionalisasi subsidi

minyak

Kabinet pada dasarnya telah bersetuju untuk merasionalkan subsidi diesel pada tahun ini.

"Buat masa ini, kerajaan sedang meneliti butiran bagaimana bantuan sosial dapat diberikan kepada kumpulan sasar.

"Sebaik sahaja Kabinet berpuas hati dengan kaedah pemberian bantuan tersebut, kita akan berikan tarikhnya," katanya ketika sidang media selepas menyampaikan kad armada kepada syarikat pengangkutan darat di bawah projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 di Klang, Selangor pada Khamis.

Mengulas lanjut, Armizan berkata, keputusan untuk merasionalisasikan subsidi diesel tidak dilakukan secara membuta tuli.

Sebaliknya jelas beliau, ia merupakan sebahagian daripada reformasi kerajaan bagi memastikan subsidi sampai kepada golongan memerlukan.

"Kerajaan tidak memansuhkan subsidi, sebaliknya merasionalkannya.

"Ia telah pun diumumkan pada tahun lalu," tambahnya lagi.

Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi diesel dengan permulaan di Semenanjung Malaysia tanpa melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak.

Kerajaan akan menyediakan subsidi diesel kepada peniaga yang menggunakan kenderaan komersial bermotor diesel merangkumi 10 jenis pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan penghantaran barangan di bawah SKDS bagi membendung kenaikan mendadak harga barang dan perkhidmatan. — The Star/GERARD GIMINO

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram