KATEGORI atau kluster pendapatan rakyat seperti B40, M40 dan T20 dianggap seharusnya tidak digunakan lagi dalam usaha memberi bantuan bersasar, kata pakar ekonomi.
Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Melaka, Muhammad Anwar Fahmi Hari Das Abdullah, kluster tersebut sememangnya tidak relevan untuk digunakan pihak kerajaan.
Katanya mengulas kepada Perutusan Negara yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa malam.
BACA LAGI: Lesen memandu Malaysia cecah RM5,000, ada yang cadang buat di luar negara lebih jimat
BACA LAGI: Subsidi bersasar, rebat ‘one off’ KWSP antara harapan rakyat dalam Perutusan Negara PM Anwar
Pelbagai intipati melibatkan ekonomi negara di dalam Perutusan Negara disampaikan oleh Anwar Ibrahim pada Selasa.
Katanya, perkara itu juga sudah beberapa kali diingatkan pelbagai pihak termasuk Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang tidak bersetuju dengan perkara tersebut.
Jun tahu lalu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kerajaan akan menghapuskan pengkelasan B40, M40 dan T20 secara berperingkat mulai tahun depan.
Beliau berkata semua pihak bakal melihat peralihan daripada subsidi menyeluruh manakala pengkelasan B40, M40 dan T20 dihapuskan secara berperingkat mulai 2024.
"Beberapa inisiatif atau dasar dilaksanakan kerajaan ketika ini adalah berbeza berbanding pendekatan pentadbiran terdahulu, termasuk perkara membabitkan bantuan atau subsidi.
"Kerajaan perlu memastikan semua infrastruktur sedia ada dan perlu melakukan ujian perintis sebelum memutuskan berapa tahap pendapatan layak diberi bantuan," katanya.
Sementara itu, Anwar berkata, kadar pendapatan pada setiap golongan itu bukan lagi penentu tetap kepada taraf hidup mereka.
"Meskipun kita lihat B40 adalah golongan berpendapatan rendah, tidak semestinya mereka tidak ada aset lain yang tiada pada T20.
"Begitu juga dengan T20 yang rata-rata mereka mempunyai komitmen lebih tinggi dengan hutang peribadi dan sebagainya walaupun menerima gaji lebih banyak daripada B40," katanya kepada Majoriti.
Kerajaan sentiasa mencari jalan untuk memastikan subsidi yang diberikan tepat ke kumpulan sasar. — Gambar Hiasan
Anwar menyifatkan bahawa para petani atau nelayan yang tergolong dalam kategori B40 memiliki beberapa hektar tanah secara tidak langsung memberi keuntungan bersih lebih tinggi berbanding T20.
"Kita juga tidak tahu jumlah pendapatan mereka sebenar, mungkin mereka ada ladang kelapa sawit sendiri atau sawah padi," katanya lagi.
Justeru, beliau menggesa agar Perdana Menteri untuk mengkaji semula mekanisme mengklasifikasikan pendapatan rakyat bukan menggunakan kluster tersebut bagi mencapai tujuan memberi bantuan secara bersasar.
Mac lalu, Rafizi berkata, kerajaan dijangka mempertimbangkan pemberian subsidi bersasar dalam bentuk pindahan tunai secara bulanan, kali pertama ditawarkan kepada rakyat berbanding sebelum ini.
Berbanding sebelum ini, subsidi kerajaan diserap terus ke dalam harga barangan yang dinikmati semua pengguna tanpa mengira tahap pendapatan serta status kerakyatan, termasuk rakyat asing.
"Cadangan yang diangkat kepada kerajaan sekarang sedang dibincangkan dan yang akan diputuskan ialah bantuan dalam bentuk pindahan tunai secara bulanan. Sebelum ini, kalau ada bantuan kerajaan lain, kita bagi tiga atau empat bulan sekali melalui e-wallet dan sebagainya," kata Rafizi.
Usaha itu selari dengan langkah kerajaaan memperkenalkan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi mengenal pasti rakyat yang benar-benar layak untuk menerima subsidi bersasar.
Setakat 31 Mac lalu, hampir 11 juta rakyat Malaysia telah berdaftar dengan sistem tersebut dengan harapan kerajaan dapat menyalurkan bantuan kepada golongan yang disasarkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram