Subsidi diesel kos kerajaan RM1 bilion sebulan, rugi RM4.5 juta sehari — Menteri Kewangan II


  • Primer
  • Khamis, 23 Mei 2024

Kerajaan menanggung kos subsidi diesel melebihi RM1 bilion sebulan, membabitkan kerugian mencecah RM4.5 juta sehari.

KERAJAAN menanggung kos subsidi diesel melebihi RM1 bilion sebulan, membabitkan kerugian mencecah RM4.5 juta sehari, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Menurut beliau, jurang perbezaan daripada harga pasaran telah mendorong aktiviti penyeludupan selama bertahun-tahun ke negara jiran.

"Ia membenarkan segmen besar sektor komersial meningkatkan keuntungan hasil daripada jualan diesel murah, yang mereka tidak layak terima pada mulanya.

BACA LAGI: Rasionalisasi subsidi diesel di semenanjung akan dilaksanakan tahun ini — KPDN

BACA LAGI: Arab Saudi tangguh pemberian visa umrah 'Nusuk' mulai Khamis

Finance Minister II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan giving a speech at the 'Property report 2023'  launch at   at Insitut Pernilaian Negara (INSPEN) in Kajang.(6/3/202). —AZHAR MAHFOF/The Star

Amir Hamzah

"Pelaksanaan subsidi bersasar untuk diesel adalah antara langkah pembaharuan utama di bawah rangka kerja Ekonomi Madani," katanya pada Khamis.

Beliau berkata, pembaharuan itu juga bertujuan memastikan pengurusan fiskal yang mampan dan menangani isu ketirisan sistem yang serius, tanpa menjejaskan kebajikan rakyat.

“Kita harus diingatkan bahawa subsidi menyeluruh tidak mampan dalam jangka masa panjang, ia perlu digunakan sebagai alat untuk membantu kumpulan paling terjejas dalam masyarakat,” tambahnya.

Jelas beliau, Kementerian Kewangan ketika ini sedang bekerjasama rapat dengan kementerian berkaitan untuk memperhalusi mekanisme bagi memastikan mereka yang layak menerima subsidi.

Jurang perbezaan daripada harga pasaran telah mendorong aktiviti penyeludupan selama bertahun-tahun ke negara jiran.

Rasionalisasi subsidi diesel akan dilaksanakan di semenanjung terlebih dahulu, sementara di Sabah dan Sarawak akan dibuat kemudian.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan tarikh tepat pelaksanaan rasionalisasi subsidi tersebut.

Bagi mengelak sebarang kenaikan drastik kos barangan dan perkhidmatan di semenanjung, kerajaan akan menyediakan subsidi diesel kepada peniaga yang menggunakan kenderaan komersial bermotor diesel merangkumi 10 jenis pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan penghantaran barangan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS). — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram