Harga RON95 cecah RM3.50? Peningkatan berperingkat amalan terbaik rasionalisasi subsidi


  • Bizz
  • Jumaat, 10 Mei 2024

Pada waktu ini, harga runcit bagi petrol subsidi RON95 ditetapkan pada harga siling RM2.05. — Gambar hiasan

SEJAK tahun lalu, isu rasionalisasi subsidi khususnya melibatkan bahan api petrol sememangnya mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Ia selepas kerajaan mengumumkan rancangannya untuk memperkenalkan mekanisme subsidi bersasar untuk bahan api.

Dalam pada itu, isu tersebut juga kembali panas susulan laporan akhbar Singapura, The Straits Time yang mendakwa kerajaan akan memulakan pemotongan subsidi bahan api bermula pada Julai depan.

Laporan tersebut menyatakan bahawa diesel menjadi bahan pertama yang akan diapungkan harga mengikut kadar pasaran.

BACA LAGI: Pokok tumbang: Kena sentiasa pantau sebab tumbuhan berubah setiap hari — Pakar

BACA LAGI: Keputusan SPM diumum 27 Mei

Untuk rekod, selain diesel, satu lagi bahan api yang ditanggung subsidinya oleh kerajaan ialah petrol jenis RON95.

Laporan sama turut menjelaskan bahawa harga runcit petrol akan dinaikkan secara berperingkat selepas pelaksanaan kenaikan diesel tersebut.

Mengulas mengenai dakwaan tersebut, Anwar berkata, meskipun perbincangan awal sudah dilakukan, kerajaan masih belum memuktamadkan mengenai tarikh pelaksanaannya.

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim speaks during a press conference after special meeting on ' Majlis Tindakan Sara Hidup Negara 2022' at the prime office in Putrajaya . (27/11/2022). —AZHAR MAHFOF/The Star

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada masa sama, Anwar berkata, kerajaan akan memberikan penerangan berhubung kaedah pelaksanaannya dan turut memberi jaminan bahawa ia tidak akan membebankan rakyat.

Di sebalik penjelasan diberikan Perdana Menteri itu, mahu tidak mahu, ia secara langsung memberi bayangan bahawa pelaksanaan rasionalisasi subsidi itu tentunya akan dilakukan pada tahun ini.

Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan daripada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebelum itu yang menyatakan kerajaan akan meneruskan tindakan untuk memotong subsidi bahan api pada tahun ini bagi mengurangkan defisit fiskal negara.

Rafizi sebelum ini menyatakan berkata program subsidi bersasar untuk petrol akan diperkenalkan pada separuh kedua 2024.

Di sebalik tempoh pengenalannya yang dilaporkan semakin dekat, rata-rata daripada rakyat Malaysia kini dilihat masih berteka-teki mengenai cara langkah rasionalisasi subsidi bahan api tersebut dilaksanakan.

Sehubungan itu, berikut Majoriti kongsikan penerangan daripada Pengarah Kanan Ekonomi dan Kewangan Pejabat Perdana Menteri (PMO), Nurhisham Hussein untuk membantu orang ramai mendapatkan sedikit gambaran berhubung isu tersebut.

Penjelasan oleh Nurhisham tersebut dibuat menerusi satu audio siar Cakna Podcast bertajuk Penarikan Subsidi Minyak: Rasional & Impak secara langsung di platform YouTube baru-baru ini.

1. Berapa jangkaan kenaikan

Pada waktu ini, harga runcit bagi petrol subsidi RON95 ditetapkan pada harga siling RM2.05 manakala diesel pula RM2.15 bagi setiap liter.

Nurhisham berkata, sekiranya langkah rasionalisasi itu dilakukan secara sekali gus, harga petrol subsidi RON95 dijangka boleh meningkat mencecah RM3.50.

Bagaimanapun, beliau berkata, amalan terbaik dalam melaksanakan rasionalisasi adalah dengan melakukannya secara berperingkat.

EPF chief strategy officer Nurhisham Hussein says withdrawing from your EPF account now means you are taking from your future self. – IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Pengarah Kanan Ekonomi dan Kewangan PMO, Nurhisham Hussein.

Ujarnya, kaedah peningkatan secara berperingkat itu penting bagi mengurangkan impak bebanan kepada rakyat.

"Kita nak rasionalisasi subsidi tapi kita tak mahu bebankan rakyat dalam masa sama. Kerana bukan sahaja isu harga dekat pam minyak, tapi harga logistik dan inflasi dan harga barang yang lain (akan turut terkesan).

"Jadi itu kita kena buat berperingkat supaya impak (terhadap rakyat) boleh ditangani," ujarnya.

Kenaikan harga petrol secara berperingkat pernah dilakukan di bawah pentadbiran kerajaan sebelum ini yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketika itu, Nurhisham berkata, kerajaan mengambil masa kira kira-kira tiga tahun sebelum mencapai pada paras harga apungan mengikut pasaran.

"Waktu tersebut dia naikkan secara berperingkat. Sekali naik 20 sen. Jadi dia ambil masa tiga tahun sebelum betul-betul berapung. Tidak silap saya 2010 dua kali (harga naik), 2011 dua kali dan 2013 dua kali," ujarnya.

Nurhisham berkata, kaedah bagi kenaikan harga bahan api itu masih belum dimuktamadkan namun ia bakal diumumkan kerajaan tidak lama lagi.

2. Bagaimana kerajaan bantu rakyat hadapi kenaikan harga minyak

Untuk membantu rakyat menangani kenaikan yang berlaku ekoran rasionalisasi subsidi, Nurhisham berkata, sebahagian daripada penjimatan yang diperolehi kerajaan daripada langkah tersebut akan disalurkan semula kepada rakyat khususnya golongan rentan yang terjejas.

Beliau turut menyatakan bahawa penyaluran bantuan itu juga bakal melibatkan golongan kelas menengah atau M40 yang dijangka turut terkesan dengan pelaksanaan tersebut.

Grandmother Chong Yok Jin, 80, is happy to recieved RM500 of Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 1.0 & 2.0 at Bukit Mertajam Bank Simpanan Nasional (BSN) . Cho g collect RM500 aftet she did not collect the RM300 during the Phase1 of STR. ( April 5,2023 ).  —ZHAFARAN NASIB/The Star

Kerajaan dijangka menambah baik kaedah pemberian tunai yang disalurkan kepada rakyat ketika ini susulan pelaksanaan rasionalisasi subsidi petrol.

Ujarnya, kerajaan juga akan menambah baik kaedah pemberian tunai yang diberikan kepada orang ramai dalam usahanya menyalurkan semula penjimatan yang berjaya diperolehi hasil langkah tersebut.

Dengan penjimatan yang diperoleh ini, beliau berkata, kerajaan dijangka menambah baik pemberian tunai dibuat menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diberikan tiga kali setahun kepada pemberian bulanan.

"Jadi dia akan lebih kepada menolong untuk perbelanjaan seharian mereka," katanya.

Menurut Nurhisham, pemberian bantuan itu juga akan mengambil kira gambaran keseluruhan keluarga di Malaysia termasuk jumlah anak, tanggungan dan keperluan.

Beliau berkata, meskipun kaedah pengagihan itu sudah diputuskan, namun parameter bakal digunakan dalam langkah tersebut masih belum dimuktamadkan.

"Contohnya berapa kita nak bagi sebulan, itu belum lagi," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram