Arab Saudi tangguh pemberian visa umrah 'Nusuk' mulai Khamis


  • Primer
  • Khamis, 23 Mei 2024

Hanya pemegang visa haji sahaja yang dibenarkan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu. — Gambar hiasan

KEMENTERIAN Haji dan Umrah Arab Saudi menangguhkan pemberian visa umrah menerusi aplikasi telefon pintar 'Nusuk' mulai Khamis hingga 21 Jun.

Berdasarkan infografik yang dimuat naik di akaun rasmi X kementerian tersebut pada Khamis, semua kategori pemegang visa pelancong dilarang memasuki Makkah sepanjang tempoh berkenaan bagi melancarkan persediaan musim haji 1445 Hijrah.

"Hanya pemegang visa haji yang dibenarkan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu," jelasnya.

BACA LAGI: AS bimbang, pantau pemindahan minyak dari kapal ke kapal di perairan Malaysia

BACA LAGI: 'Kami pasti akan campur tangan', AS terus pantau Malaysia lepas berhasil sekat 4 syarikat disyaki bantu Iran

WhatsApp Image 2024-05-23 at 13.04.31

Kad Haji Nusuk mengandungi pelbagai maklumat komprehensif berkenaan data peribadi jemaah haji. — Gambar hiasan

Kementerian itu dalam masa sama turut memberi peringatan berhubung pelaksanaan hukuman berat terhadap individu yang ditahan kerana berada di tujuh kawasan yang dikhususkan untuk jemaah haji secara tidak sah.

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi mengumumkan penguatkuasaan penalti 10,000 Riyal (SAR10,000) terhadap individu yang memasuki tujuh kawasan larangan tanpa permit haji.

Ia termasuk Makkah, Wilayah Tengah, Masyair, stesen kereta api Haramain di Rusayfah, pusat kawalan keselamatan, pusat pengasingan dan pusat kawalan keselamatan sementara.

Pada 19 Mei lalu, Majoriti melaporkan Malaysia sekali lagi melakar sejarah dalam soal pengurusan haji apabila menjadi antara negara terawal mengedarkan Kad Haji Nusuk yang berfungsi sebagai dokumen rasmi pengenalan diri kepada jemaah haji musim 1445H/2024 bermula Sabtu.

Ketua Rombangan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kad inovatif itu mengandungi pelbagai maklumat komprehensif berkenaan data peribadi jemaah haji seperti maklumat penempatan jemaah haji, visa dan pasport. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram