SERAMAI 15 individu ditahan polis selepas didakwa terlibat dalam aktiviti memasak di sebuah stesen minyak dekat Genting Highlands, Pahang baru-baru ini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, tangkapan tersebut membabitkan 10 lelaki dan lima wanita berusia antara 23 hingga 28 tahun.
Kesemua suspek ditahan pada 18 Mei lalu dan telah dirakam percakapannya, menurut laporan Buletin TV3 pada Isnin.
BACA LAGI: Polis buka siasatan remaja lepak, masak mi segera di stesen minyak Genting Highlands
BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu naik hantu 'King' kena hentam Nissan Fairlady di Genting Highlands
Seramai 15 individu ditahan polis selepas didakwa terlibat dalam aktiviti memasak di sebuah stesen minyak dekat Genting Highlands, Pahang baru-baru ini.
Baca selanjutnya> https://t.co/WLeqzXOXbF pic.twitter.com/5LoPDRoPL8
— Majoriti (@majoritionline) May 20, 2024
Tambahnya, kesemua tahanan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan empat saksi kejadian juga telah dirakam percakapan.
Jelas beliau, pihaknya kini dalam proses melengkapkan siasatan dan kertas dakwaan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya dalam masa terdekat.
Terdahulu, tular satu rakaman memaparkan kegiatan sekumpulan remaja sedang sakan memasak di sebuah stesen minyak.
Klip video kejadian itu yang berdurasi 50 saat dimuat naik di media sosial pada 13 Mei lalu dan dikecam warganet. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram