[VIDEO] Rakyat Indonesia setuju dengan jemaah haji Malaysia, hairan bapa Ayu Ting Ting mengamuk dihina negara miskin


  • Benua
  • Isnin, 20 Mei 2024

Tangkap layar pertengkaran antara bapa Ayu Ting Ting, Ayah Ojak (baju gelap) bersama jemaah haji Malaysia yang didakwa menghina Indonesia sebagai negara miskin.

KECOH apabila bapa penyanyi tersohor Indonesia Ayu Ting-ting, dirakam begaduh dan berbalah dengan jemaah haji dari Malaysia ketika menunaikan ibadah tersebut pada Isnin.

Lelaki yang dikenali sebagai Abdul Rozak ataupun Ayah Ojak mendakwa, negaranya digelar miskin oleh jemaah haji Malaysia ketika kejadian.

Tampil mempertahankan tuduhan itu, Ayah Ojak kemudiannya membidas tuduhan jemaah Malaysia terbabit dan mengatakan bahawa kebanyakan pekerja di negara itu merupakan warga Indonesia dan rata-ratanya berjaya.

Berang dengan situasi itu, dia memberikan amaran kepada mereka yang menghina Indonesia supaya tidak bercakap sambil lewa.

"Jangan hina negara saya, saya Indonesia, terdapat ramai orang yang berjaya bukan hanya Malaysia," katanya ketika kejadian.

Pertengkaran itu kemudiannya berjaya dileraikan apabila seorang lelaki tampil menenangkan Ayah Ojak di samping isterinya yang juga kelihatan turut geram dengan sikap jemaah tersebut.

Rakaman kejadian kemudiannya tular di laman media namun, segelintir warganet tampil menyokong kenyataan jemaah Malaysia dengan menganggap rakyat Indonesia sememangnya tidak terlepas dari isu kemiskinan.

"Bukan memang fakta ke, yang orang kaya cuma berapa peratus sahaja," kata Au_rinjani.

"Indonesia itu sangat kaya tetapi rakyatnya masih miskin," ujar AndiAhlias3.

"Tak salah, negara Indonesia memang kaya tetapi rakyatnya sahaja kekal miskin tiada pekerjaan, kenapa perlu marah," tambah GunaOne.

Dalam perkembangan sama, kesahihan sama ada insiden itu sekadar konten ataupun tidak masih tidak dapat dipastikan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram